Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Posts Tagged ‘Piala Malaysia’

Memori Final 2008: Kedah juara ‘treble’

Posted by bolasepak on November 6, 2009

Final Piala Malaysia 2008: Kedah 3-2 SelangorPADA aksi Final Piala Malaysia 2008, Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan ‘treble’ yang mereka menangi pada edisi 2007.

Pada aksi final tersebut hampir 60,000 peminat dan penyokong kedua-dua pasukan memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menjelmakan kembali kehangatan bola sepak tanah air yang telah sekian lama sepi.

Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke–18 menerusi Frank Seator yang berpunca daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , | 3 Comments »

Final: Pasukan jaring gol awal miliki kelebihan

Posted by bolasepak on November 6, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri SembilanDEBARAN saingan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan esok semakin terasa, ada yang sudah mencongak siapa yang bakal muncul juara.

Tidak ketinggalan Datuk Abdul Ghani Minhat yang turut dikenali sebagai Raja Bola dan menganggap pasukan yang menjaringkan gol awal mempunyai peluang untuk juara.

Menurutnya, dalam saingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, dia tidak berpihak kepada mana-mana pasukan.

“Saya tidak nampak pasukan Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 2 Comments »

Final: Kekuatan Kelantan, N Sembilan seimbang

Posted by bolasepak on November 6, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri SembilanWALAUPUN Kelantan bakal mendapat sokongan padu daripada peminat fanatik mereka dalam saingan akhir Piala Malaysia esok tetapi pakar bola sepak menganggap Negeri Sembilan juga mempunyai peluang.

Para jurulatih tempatan dalam Liga Malaysia yakin kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang dalam saingan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Bagi mereka, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan ini diakui Jurulatih Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 1 Comment »

Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs N.Sembilan

Posted by bolasepak on November 5, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri SembilanRuang ini akan dikemaskini dengan info-info terkini perkembangan aksi final atau berita berkaitan perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung pada 7 November (Sabtu) ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan dan dijadual berlangsung jam 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berdasarkan rekod, Kelantan belum pernah menjulang Piala Malaysia dan pencapaian terbaik negeri itu hanya setakat muncul sebagai naib juara pada edisi Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 5 Comments »

Anugerah Pemain Terbaik jadi perangsang buat Indra, Aidil

Posted by bolasepak on November 5, 2009

Indra Putra MahayuddinKEJAYAAN merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik sepanjang musim ini bakal menjadi tonik terbaik buat pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menentang Negeri Sembilan Sabtu ini.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009 100PLUS-FAM itu turut mengiktiraf pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak  sebagai Pemain Pertahanan Terbaik yang juga akan memikul tanggungjawab besar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari yang sama. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , , , , | 3 Comments »

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus 2009: Kelantan raih 2, NS 1

Posted by bolasepak on November 5, 2009

Pemain Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2009FINALIS Piala Malaysia 2009, Kelantan meraih dua anugerah menerusi ayam tambatannya, Indra Putra Mahayuddin yang diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Manakala Negeri Sembilan pula meraih satu anugerah menerusi Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan semangat buat kedua-dua pemain menjelang final Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , , , | 1 Comment »

Kelantan cuti peristiwa 8 November (Ahad)

Posted by bolasepak on November 4, 2009

KOTA BHARU: Mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bersidang hari ini mengistiharkan cuti peristiwa negeri Kelantan pada hari Ahad, 8 November ini sebagai meraikan kejayaan pasukan bola sepak negeri itu layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.

Perkara berkenaan diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco tengah hari tadi.

Menurutnya, cuti berkenaan diberikan sebagai mengambil kira faktor keselamatan di jalan raya sama ada kepada pemain, penonton atau kepada semua yang terlibat (menyaksikan perlawanan itu nanti). Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , | 7 Comments »

Kelantan tidak dibenar beraksi Liga Super 2010?

Posted by bolasepak on November 3, 2009

Logo FAM - Persatuan Bolasepak MalaysiaFINALIS Piala Malaysia 2009 tidak layak dan tidak dibenarkan beraksi pada Liga Super tahun depan (2010)?

Jika cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (PKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diterima majilis tertinggi badan induk itu maka Kelantan tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super 2010 bersama dua lagi pasukan lain iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Menurut laporan BERNAMA, pasukan bola sepak Kelantan dan Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia 2010 setelah Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 19 Comments »

Terengganu gagal sekat NS ke final Piala Malaysia

Posted by bolasepak on November 1, 2009

Separuh Akhir Piala Malaysia 2009 - Terengganu vs Negeri Sembilan 1-3NEGERI Sembilan beraksi cemerlang menewaskan tuan rumah, Terengganu 3-1 dalam satu aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu, sekali gus menafikan final Piala Malaysia pertama menampilkan dua pasukan dari Pantai Timur.

Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-9, 17) dan Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 5 Comments »

Final Piala Malaysia 2009: Kelantan cipta sejarah

Posted by bolasepak on November 1, 2009

PEMAIN Perlis, Mohd Syazwan Zainol (kanan) dihalang pemain Kelantan, Mohd Farisham Ismail pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.KEJAYAAN menewaskan Perlis 3-1 seterusnya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 merupakan sejarah buat pasukan Kelantan apabila berjaya menamatkan penantian selama 39 tahun untuk beraksi di pentas kemuncak kejohanan bola sepak paling berprestij di tanah air.

Skuad The Red Warriors mara ke final menerusi agregat 5-1, selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu.

Sekali pun membawa bekalan agak selesa ke Kangar pada perlawanan di Stadium Utama Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , | 22 Comments »