Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Bola Sepak

Majalah Bola SepakSUKAN BOLA SEPAK tidak perlu diperkatakan lagi. Semua orang, tidak kira kecil, besar, tua, muda, lelaki, perempuan semua kenal bila disebut bola sepak.

Bola sepak adalah sukan nombor satu dan paling banyak dimainkan di atas dunia yang dinaungi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau ringkasnya FIFA.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium.

Permainan ini dimainkan pada peringkat professional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion pula melihat perlawanan bola sepak di skrin televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan FIFA, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia.

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam kalendar bola sepak dunia ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan sendiri oleh FIFA.

Kejohanan Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia yang biasanya dihoskan oleh sebuah negara yang telah dipilih oleh FIFA.

Perlawanan pusingan akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

Mudah-mudahan blog ini dapat menyemarakkan lagi perkembangan bola sepak dengan info-info dan maklumat terkini sama ada dalam atau luar Malaysia.

Blog ini asalnya merupakan koleksi berita bola sepak yang dipetik dari pelbagai sumber sebagai rujukan penulis dan mereka yang meminati sukan bola sepak. Sebab itu pada awalnya blog ini penulis khususkan untuk berita bola sepak sekitar Eropah dan antarabangsa dan sedikit sahaja memuatkan berita tentang bola sepak tempatan.

Namun dengan kemeriahan bola sepak Malaysia yang semakin menarik, blog ini turut akan memberi tumpuan lebih kepada kejohanan bola sepak di Malaysia terutama kejohanan terulung dan paling berprestij iaitu Piala Malaysia.

Terima kasih kepada anda yang melawat blog ini. Sudilah berkongsi pandangan dan anda digalakkan untuk meninggalkan apa-apa komen pada ruang yang telah tersedia. Jauhi segala komen-komen yang memburuk-burukkan antara satu sama lain walau pun berlainan negeri sekali pun.

7 Responses to “Bola Sepak”

  1. SALAHUDDIN said

    pemain2 pasukan pahang tiada semangt…

  2. lisa said

    mmg laa..
    ngalahkan artis gayenye..
    rambut jer lebih pacak..
    blalaaa..

  3. farihin said

    mu juara tahun ini chelsea kalah…………….

  4. botak said

    ala tgk coach pahang dh la…………..putih cangat……….hahahahah……….

  5. abercromb said

    go indonesia

  6. kamsahsyahdan said

    ramai sangat info tentang piala raja-raja, bagaimana pula kabar skuad kebangsaan di piala aff?

  7. shasha said

    walau pun malaysia kalah lwn bahrin??? tpi malaysia dha tumpas kan indonesi nk?
    memang memuas kan la harimau muda…. best la krang k…. gooooodddddd:)❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: