Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Liga Sepanyol’ Category

Real Madrid diaib kelab divisyen 4

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Real Madrid LogoREAL Madrid mengalami kekalahan paling memalukan apabila tewas 0-4 kepada kelab divisyen tiga, Alcorcon – kelab yang mempunyai bajet 400 kali lebih kecil berbanding gergasi kelab La Liga itu pada aksi pusingan pertama saingan Piala Raja Sepanyol, awal pagi semalam.

Real yang kehilangan dua pemain termahal yang dibelinya, Cristiano Ronaldo dan Kaka dan beberapa pemain utama lain, tewas mengejut kepada kelab yang hanya mempunyai bajet 1.1 juta euro (RM6.27 juta) jika dibandingkan dengan Real yang membelanjakan hampir 420 juta euro (RM2.2 bilion).

Ia kekalahan ketiga dalam lima Read the rest of this entry »

Advertisements

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , , , , | 2 Comments »

La Liga: Sevilla hadiahkan Madrid kekalahan pertama

Posted by bolasepak on October 6, 2009

Sevilla 2 Real Madrid 1

KETIADAAN Cristiano Ronaldo dalam skuad Real Madrid jelas memberi kesan kepada rentak permainan kelab Liga Sepanyol itu.

Buktinya, Real yang beraksi tanpa Pemain Terbaik Dunia itu ekoran masalah kecederaan, mencatat kekalahan pertama mereka musim ini apabila tunduk 1-2 kepada Sevilla kelmarin.

Kekalahan mengejut itu sekali gus membuka peluang kepada Barcelona untuk memegang tampuk pendahulu Liga Sepanyol selepas berakhirnya enam perlawanan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , , | 1 Comment »

La Liga: Barcelona menang tipis atasi Almeria

Posted by bolasepak on October 5, 2009

Barcelona 1 Almeria 0

JARINGAN menakjubkan Pedro Rodriguez pada babak pertama menjulang Barcelona kepada kemenangan 1-0 ke atas Almeria bagi mengekalkan permulaan tanpa kalah juara liga Sepanyol itu musim ini.

Pedro mengambil hantaran daripada Maxwell di penjuru petak penalti pada minit ke-31 sebelum meledakkan rembatan melepasi jangkauan penjaga gol, Diego Alves.

Barcelona tanpa kelibat Thierry Henry buat kali kedua berturut-turut merekodkan rentetan enam kemenangannya untuk memungut 18 mata, yang tidak bermain kelmarin. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , | Leave a Comment »

Kaka bantu kemenangan Real Madrid

Posted by bolasepak on September 28, 2009

REAL Madrid mengekalkan permulaan sempurna dalam kempen La Liga apabila membelasah Tenerife 3-0 di tempat sendiri, kelmarin.

Real mencatat lima kemenangan daripada lima penampilan hasil dua jaringan Karim Benzema dan sepakan lencong Kaka untuk mendahului 15 mata, mengatasi Barcelona berdasarkan perbezaan gol.

Sevilla yang menang 4-0 ke atas Athletic Bilbao menduduki tangga ketiga dengan 12 mata manakala pemain gantian, Maxi Rodriguez menjaringkan gol pada masa tambahan untuk membantu Atletico Madrid seri 2-2 dengan Valencia. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , , | Leave a Comment »

Barcelona terus himpit Real Madrid

Posted by bolasepak on September 28, 2009

BARCELONA terus memberi tekanan kepada Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan Liga Sepanyol musim ini.

Juara bertahan itu kini mengumpul 15 mata untuk berada di belakang Real selepas Zlatan Ibrahimovic menemui sentuhannya dalam lima perlawanan berturut-turut ketika Barca menewaskan Malaga 2-0 kelmarin.

Ibrahimovic duduk di bangku simpanan selepas cedera di buku lalinya, namun dia masuk menggantikan Thierry Henry pada minit ke-28 dan hanya memerlukan masa 11 minit untuk menjaringkan gol pembukaan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , | Leave a Comment »

Real Madrid juara Liga Sepanyol

Posted by bolasepak on May 6, 2008

HAJAT Real Madrid merangkul gelaran juara Liga Sepanyol buat kali ke-31 akhirnya tercapai selepas kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Osasuna 2-1 semalam.

Real sebelum itu dilihat bakal mengalami kekalahan apabila Francisco Punal menjaringkan gol buat Osasuna menerusi sepakan penalti pada minit ke-83. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | 3 Comments »

Atletico buru tiket Liga Juara Eropah

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PEMAIN tengah remaja, Ignacio Camacho menjaringkan dua gol, untuk membantu Atletico Madrid menang 3-0 ke atas Recreativo Huelva dalam saingan Liga Sepanyol, kelmarin

Kemenangan itu mengukuhkan cengkaman Atletico di tangga keempat liga bagi perebutan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Camacho menewaskan penjaga gol, Stefano Sorrentino hasil hantaran silang pada minit ke-23 untuk menanduk masuk gol pertamanya dalam Liga Sepanyol menjelang sambutan hari lahirnya ke-18. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Leave a Comment »

Masa untuk Rijkaard ucap selamat tinggal

Posted by bolasepak on May 4, 2008

Beliau gagal bantu Barcelona raih sebarang trofi dua musim berturut-turut

FRANK Rijkaard kemungkinan besar akan meninggalkan Barcelona sebaik sahaja tamat Liga Sepanyol musim ini.

Kenyataan tersebut bukan dikeluarkan oleh kelab berkenaan, tetapi dibayangkan oleh seorang rakan yang rapat dengan jurulatih asal Belanda itu kelmarin.

Menurut Jil van Eyle, yang berkerja rapat dengan Rijkaard dalam usaha untuk mendapatkan tajaan bagi apa yang dipanggil sebagai ‘rakan pasukan’, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan penaja baru kerana masa bagi jurulatih Barcelona itu meninggalkan kelab tersebut sudah kian hampir. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Leave a Comment »