Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kelantan tidak dibenar beraksi Liga Super 2010?

Posted by bolasepak on November 3, 2009

Logo FAM - Persatuan Bolasepak MalaysiaFINALIS Piala Malaysia 2009 tidak layak dan tidak dibenarkan beraksi pada Liga Super tahun depan (2010)?

Jika cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (PKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diterima majilis tertinggi badan induk itu maka Kelantan tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super 2010 bersama dua lagi pasukan lain iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Menurut laporan BERNAMA, pasukan bola sepak Kelantan dan Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia 2010 setelah didapati gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FAM selaku badan induk bola sepak negara.

Sementara UPB-MyTeam dan Proton FC pula telah mengesahkan untuk menarik diri daripada liga musim depan, kata Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh.

“Selain Kelantan dan Perak, tiga lagi negeri yang tidak layak bertanding ialah Pulau Pinang (Liga Super), Pahang (Liga Perdana) dan Melaka (Liga Perdana), serta sebuah kelab iaitu Shahzan Muda (Liga Perdana),” menurut laporan BERNAMA.

Che Mat Jusoh berkata keenam-enam pasukan itu telah gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FAM seperti melunaskan gaji pemain-pemain yang tertunggak dan hutang tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga tarikh akhir iaitu Sabtu lepas.

“Jadi kita telah memutuskan mereka tidak layak untuk bersaing musim depan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam (Isnin).

Che Mat bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai nasib enam pasukan itu bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis FAM yang akan dipengerusikan oleh presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan di dalam masa terdekat ini.

“Keputusan yang diambil oleh JKPT hari ini adalah berdasarkan kepada peraturan sedia ada serta mengesyorkan kepada mesyuarat Majlis FAM untuk diluluskan mengenai keputusan yang dicapai ini,” katanya.

Jika keputusan JKPT ini kekal dan diluluskan, Liga Super akan mempunyai 11 pasukan sahaja pada musim depan berbanding 14 pasukan musim ini, manakala 10 pasukan bagi Liga Perdana berbanding 14 pasukan.

“Sekiranya Liga Super kekal dengan 11 pasukan, FAM akan mengundang satu pasukan daripada Liga Perdana untuk menjadikannya 12 pasukan,” kata Che Mat.

“Kita juga telah memutuskan untuk menerima hasrat dua pasukan berstatus kelab iaitu UPB-MyTEAM yang beraksi di dalam Liga Super dan Proton FC di dalam Liga Perdana untuk menarik diri,” katanya.

Tambahnya keputusan sama ada dua kelab itu perlu atau tidak dikenakan hukuman berbentuk denda atau penggantungan akan dibincang dan diputuskan di dalam masa terdekat ini.

Berikut adalah senarai pasukan layak untuk Liga Super 2010:

Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, KL Plus, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, KM Naza, Johor, T-Team.

Senarai pasukan layak untuk Liga Perdana 2010:

PDRM, Kuala Lumpur, ATM, PKNS Selangor, Sabah, KL Felda United, KL Pos, Perlis KSK Tambun Tulang, Harimau Muda B, Sarawak.

19 Responses to “Kelantan tidak dibenar beraksi Liga Super 2010?”

  1. FAM tak cerdik said

    biar betul FAM ni.. FAM nak menggalakkan pembangunan bola sepak malaysia atau nak undur ke belakang ha? dah la ranking bola sepak malaysia semakin menjunam.. nak halang pasukan bagus dari bertanding.. kalau ye pun tak cukup syarat ke takkan tak boleh dirunding atau takde kompromi..

    kalau keputusan ni kekal jahanam la FAM……… lagi2 org yang jadi pengerusi pertandingan tu…….

  2. negeri2 yang x cerdik said

    sekarang kan bola sepak malaysia dah profesonal sebab 2 FAM wat keputusan macam 2, dah kalau x memenuhi syarat FAM singkir kan sahaja negeri yang x memenuhi syarat FAM 2… kalau degil sangat wat LIGA kat negeri sendiri!!!!!!!!!!!!!!

  3. x brapa nk cerdik daa said

    Salam semua..
    Bagi yg marah, sabar la, fikir dulu sblum lepas kemarahan.. kata2 dari “Negeri2 Yang X Cerdik” tu ada betulnya. Kat Malaysia ni, Sukan BOLASEPAK dah “PROFESSIONAL”, baik PENGURUSAN, PASUKAN dan PENYOKONG mesti lah dan sepatutnya la jadi “PRO”. kalau kita fikir balik, betul ke CARA YG PROFESSIONAL JIKA PASUKAN GAGAL BAYAR GAJI PEMAIN, TAPI LAST2NYA FAM YG KENA TOLONG BAYARKAN, come on guys, apa ni, kalau betul2 PROFESSIONAL, pasukan yg macam ni sepatutnya kena istihar MUFLIS…. Kalau buat macam tak professional macam ni, sampai bila pun BOLASEPAK MALAYSIA akan JATUH dan JATUH dan JATUH… Ni salah satu cara untuk NAIKkan BOLASEPAK MALAYSIA…. WAKE UP la semua… WAKE UP.. WAKE UP… WAKE UP……

  4. org kemamang said

    pikirkan utk kebaikang bersama…baik pasukan pemain dang seluruhnyer……kerjasama budibicara tetap perlu

  5. Pak ya said

    Keputusan FAM adalah untuk kebajikan pemain dan jurulatih yang masih tidak mendapat gaji mereka yang tertunggak dulu…mungkin 6 pasukan ini akan kembali bermain pada tahun 2011 jika semua gaji tertunggak dibayar. jika keputusan tersebut kekal setiap penyokong terutamanya kelantan haruslah menerima dengan hati terbuka. insyaallah tahun 2010 Kafa akan berjaya menyelesaikan hutang tersebut untuk kembali beraksi pada 2011.wslm.

  6. fanatik qlate said

    kawe kurang stuju nga fam.kalau pahang cpat je nok naik nga selamat.negeri lain hok jadi mangsa

  7. mr dj said

    kalu kelate tok main rugi la fam.tgk berapa puluh ribu penyokong g stadium time kelate main.please consider la wei

  8. Otai Kg said

    *x brapa nk cerdik daa* btol ape yg di ckapkan tu,,,dah kalu pengurus xnk byr gaji pemain negeri yg nk di buang…sape yg nk byr weii???
    g mintak simpati la weiii
    atau g mintak sedekahh…

  9. Lerock said

    Cuba kita letakkan diri di tempat para pemain yang tak dibayar gaji tu, apa perasaan kita? Sanggupkah kita main bola penat2, tapi tak dapat gaji?

    Kalo kita anak orang kaya dan main bola kerana minat, bolehlah main bola tanpa gaji. Tapi anak orang kaya pun tak main bola dan sanggup berpenat2 macam tu. Golongan yang harap makan gaji tu gak berjuang untuk naikkan bolasepak negara.

  10. sedara kpd negeri2 yang x cerdik said

    betul apa ckp “negeri2 yang x cerdik” tu…skrg ni dh profesional…so yg x ikut syarat tu gugurkan aja..kpd fanatik qlate n mr dj, FAM x rugi pun kalau klate x main dlm MSL, kira FAM kesian dgn KAFA tau…apa guna penyokong ramai dtg stadium, lepas tu buat huru hara, bakar sana sini…rosak sana sini…nak repair gunakan duit gak…pastu x pasal2 KAFA kene dende, bertambah la lagi hutang KAFA…

  11. nak sampuk said

    akibat segelintir penyokong yg x ada ‘smgt kesukanan’,
    seluruh pemain, penyokong, KAFA dan rakyat kelantan bakal mendapat akibatnya
    jika kelantan betul2 akn tersingkir sblm masuk ke gelanggang lg..
    segalanya mgknn.. tp FAM juga mgkn akan mengalami sedikit kerugian dan
    wajah bola sepak tempatan mgkn kehilangan seri tanpa kelibat kelantan
    dan penyokong2nya yg super fanatikk..
    Well, what u give, u get back!!

  12. zam5245 said

    orang x tngk la malaysia.skunk ni ore tngk liga perdana inggeris………..lag bestt

  13. ieja said

    Zam5245…betul ke tak tengok bola malaysia? aku rasa orang yang tak tengok bola malaysia takkan sesekali masuk blog2 malaysia macam ni…

  14. ieja said

    Kalau tak tengok…why bother?

  15. ieja said

    Hukuman perlu dibuat untuk jadi pengajaran pada yang lain. Serupa macam hukum hudud yang negeri klantan nak laksanakan tu. Untuk jadi pengajaran pada yang lain. Kalau tak ada hukuman, lain kali laaaaaaaaaaaggggiiiiii macam2 hal…

  16. Anti-keganasan/mercun said

    haha..klate comei sokmo..aku malah nk komen byok2

  17. peminat bola said

    arap dapt tgk kelantan main lagi..
    bez pun bez jgk..
    huhuhu

  18. mohd farhana b yasin said

    klu nk main 2 jgn baling bt0l dan sebagainya…membanyakkan nyawa orang lain ..pihak kuasa patut amek tindakan lebih daripada tegas…faham..!

  19. aina said

    kelantan.pokyie syg nana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: