Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Liga Itali’ Category

Bola Sepak Liga Serie A Itali

Serie A: Ronaldinho selamat maruah Milan

Posted by bolasepak on October 6, 2009

Atalanta 1 AC Milan 1

PEMAIN gantian, Ronaldinho meledak gol penyamaan ketika permainan berbaki tujuh minit sekali gus membantu AC Milan mengikat Atalanta 1-1 dalam aksi Serie A kelmarin.

Pada aksi kelmarin, Milan terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 ketika berdepan Atalanta yang dipaksa bermain 10 orang.

Namun, jaringan dilakukan Ronaldinho itu merupakan jaringan keempat Milan dalam tujuh perlawanan mereka termasuk dua kemenangan. Read the rest of this entry »

Advertisements

Posted in Liga Itali | Tagged: , , | Leave a Comment »

Inter perlu tunggu untuk julang mahkota Serie A

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PENDAHULU liga Itali, Inter Milan perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum dapat memastikan kejuaraan Serie A ketiga berturut-turut apabila tewas 2-1 di tangan musuh setempat, AC MIlan di San Siro malam tadi.

Filippo Inzaghi membuktikan ketajamannya selepas menjaringkan gol pada minit ke-51 – gol kesembilan dalam lima perlawanan terakhir – menerusi tandukan hasil hantaran lintang Kaka.

Lima minit kemudian, Kaka menjadikan kedudukan 2-0 selepas memperdayakan penjaga gol Inter, Julio Cesar menerusi rembatan rendah dalam kotak penalti.

Penyerang Inter, Julio Ricardo Cruz merapatkan jurang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Milan, Zeljko Kalac. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Itali | Leave a Comment »

Misi berbeza Inter, AC Milan

Posted by bolasepak on May 4, 2008

BEK tengah kental Inter Milan, Marco Materazzi berkata, menjadi satu impian jika dapat melengkapkan kejuaraan Serie A hari ini, dalam perlawanan sejiran menentang AC Milan di San Siro.

Ia perlawanan yang dianggap salah satu pertemuan setempat paling penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini tatkala kedua-dua pasukan bergelut untuk melakarkan kemenangan bagi mencapai impian peribadi masing-masing.

Inter memerlukan tiga mata lagi daripada baki tiga perlawanannya untuk memastikan mereka menamatkan musim ini di tangga teratas. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Itali | Tagged: | Leave a Comment »