Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Liga Malaysia’ Category

Jadual Piala Malaysia 2010

Posted by bolasepak on August 13, 2010

Piala Malaysia 2010 dijadualkan bermula pada 14 September 2010.

Lihat Jadual Piala Malaysia 2010

Lihat Carta Piala Malaysia 2010

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kedah tumpas di Alor Setar, Kelantan baham Johor

Posted by bolasepak on January 13, 2010

KELANTAN bangkit dari keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu, Sabtu lepas apabila menang bergaya 3-0 ke atas Johor, manakala Kedah yang menang dengan lawan sama dengan keputusan serupa tunduk 0-1 di tangan Perlis dalam aksi Liga Super malam ini.

menyusul..

Posted in Liga Malaysia | 6 Comments »

Selangor juara Piala Sumbangsih 2010

Posted by bolasepak on January 9, 2010

SELANGOR menjuarai Piala Sumbangsih 2010 selepas menundukkan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi pembuka tirai kempen Liga Super 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam ini.

Selangor yang muncul juara Piala FA dan Liga Super musim lalu bagaimana pun ketinggalan 0-1 pada babak pertama sebelum menambah dua gol di babak kedua untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi saingan Liga Super.

Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia, Piala Sumbangsih | Tagged: , , , , | 1 Comment »

Keputusan Liga Super 2010 Day #1

Posted by bolasepak on January 9, 2010

Update: Perlawanan Negeri Sembilan-Selangor tamat. Piala Sumbangsih kekal milik Selangor selepas menang 2-1 ke atas juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan.

Semua perlawanan kecuali Negeri Sembilan-Selangor telah pun tamat. keputusan penuh lihat di bawah.

Di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Kedah hampir pasti membawa pulang tiga mata penuh selepas mendahului Johor 3-0.

KL Plus berjaya menyamakan Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »

Keputusan Terkini Liga Malaysia 2010 LIVE

Posted by bolasepak on January 9, 2010

Update 16 Jan 2010: Selangor mencatat kemenangan kali ketiga berturut-turut.

Terengganu menang paling bergaya malam ini apabila membelasah Pulau Pinang 4-0.

Kedah, Johor dan KL Plus tewas di halaman sendiri malam ini.

Kedah ketinggalan 0-1 di masa kecederaan.

Terengganu mendahului Pulau Pinang 3-0.

Hanya pasukan Terengganu, Selangor dan T-Team sahaja yang menjaringkan gol setakat ini.

Tidak banyak jaringan dilakukan dalam perlawanan  malam ini.

TUJUH perlawanan Liga Super berlangsung malam ini (Sabtu, 16 Jan).

16 Januari 2010 – Sabtu (keputusan separuh masa dlm kurungan)

Kuala Lumpur
KL Plus
Pahang
Terengganu
Johor
Perlis
Kedah
0 – 0 (0-0)
0 – 1 (0-0)
2 – 1 (0-1)
4 – 0 (0-0)
0 – 2 (0-0)
0 – 0 (0-0)
0 – 1 (0-0)
N.Sembilan
Selangor
T-Team
Pulau Pinang
Perak
Kelantan
Johor FC
Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , , | 12 Comments »

Peluang Terengganu ke final masih terbuka

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Terengganu FA“JANGAN bermain dalam keadaan tertekan.”

Demikian peringatan pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajudin kepada pemain Terengganu menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Menurut Sheikh Ahmad, mereka akan menerima padah sekiranya bermain dalam keadaan tertekan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Rasuah kembali membarah dalam bola sepak kita

Posted by bolasepak on May 5, 2008

KETIKA penyokong Inggeris berteriak gembira dan megah di ambang trofi Liga Juara-Juara Eropah akan diarah ke negara mereka, tidak kiralah sama ada Manchester United atau Chelsea selepas final nanti, bola sepak kita pula dikejutkan dengan gejala rasuah.

Bimbang dengan perkembangan itu, banyak pihak tampil dengan pelbagai pandangan bagi meredakan keadaan, tetapi wajarkah liga kita kembali ke taraf amatur selepas lebih 15 tahun berada dalam kancah profesional.

Mengapa kita tidak memikirkan bagaimana untuk meningkatkan mutu pengurusan pasukan atau kelab bola sepak, gaji dan bonus selain tahap kejurulatihan. Kerana itu saya menyokong pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang bertegas tidak akan mengundurkan tahap bola sepak negara kembali ke status amatur. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Bola sepak negara dilanda ‘angin utara’

Posted by bolasepak on May 5, 2008

BOLA sepak negara bagaikan dilanda ‘angin utara’ apabila Kedah mendominasi dua liga utama musim ini.

Selepas skuad Hijau Kuning muncul juara Liga Super, giliran pasukan berstatus kelab, Kuala Muda Naza pula membuktikan keunggulan mereka dengan menjuarai Liga Perdana, kelmarin, selagi gus membayangkan amaran awal terhadap pasukan lain yang Kedah mungkin ‘memborong’ semua piala yang dipertandingkan.

Kemenangan 3-2 Kuala Muda Naza ke atas pencabar terdekat, Plus FC malam kelmarin mengesahkan negeri Jelapang Padi itu bagaikan mempunyai suatu rahsia yang belum mampu disaingi pasukan lain. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Naib juara Liga Super milik NS Naza

Posted by bolasepak on May 5, 2008

NEGERI SEMBILAN NAZA (NS Naza) mengesahkan tempat selaku naib juara Liga Super selepas menumpaskan Selangor 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan kemenangan itu, NS Naza mengumpul 48 mata diikuti Johor FC (46) dan Selangor (42). Manakala Kedah yang terlebih dahulu muncul juara Liga Super mengumpul 56 mata.

Dua pasukan tercorot, Pulau Pinang dan Sarawak akan turun beraksi dalam Liga Perdana musim depan ketika Kuala Muda Naza dan KL Plus dinaikkan pangkat untuk bersaing pada kempen Liga Super. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Kuala Muda juara Liga Perdana 2007/08

Posted by bolasepak on May 4, 2008

KUALA Muda Naza (KM Naza) muncul juara Liga Perdana musim 2007/2008 setelah mengecewakan pesaing utamanya KL Plus 3-2 pada perlawanan terakhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan cuma dipisahkan satu mata dengan KM Naza mengumpul 58 mata manakala KL Plus mengutip 57 mata. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »