Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Anugerah Pemain Terbaik jadi perangsang buat Indra, Aidil

Posted by bolasepak on November 5, 2009

Indra Putra MahayuddinKEJAYAAN merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik sepanjang musim ini bakal menjadi tonik terbaik buat pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menentang Negeri Sembilan Sabtu ini.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009 100PLUS-FAM itu turut mengiktiraf pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak  sebagai Pemain Pertahanan Terbaik yang juga akan memikul tanggungjawab besar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari yang sama.

Indra, 28, yang pernah membantu Kelantan mara ke saingan akhir Piala FA menentang Selangor musim ini dan menggalas tugas sebagai ketua pasukan berjaya membawa pulang dua trofi kristal berserta wang tunai RM3,000.

Menurutnya, penerimaan anugerah itu dianggap satu penghargaan besar dan sudah tentu menaikkan semangatnya menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 100 PLUS dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana mengadakan anugerah seperti ini ia akan menaikkan semangat pemain untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada majlis tersebut.

Bagaimanapun Indra tidak hadir pada anugerah tersebut dan dia diwakili pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim.

Selain Indra dan Aidil, anugerah tersebut turut mengiktiraf pemain Perlis, Farizal Marlias sebagai penjaga gol terbaik, Amri Yahyah dari Selangor (pemain tengah terbaik) dan Mohd Muslim Ahmad dari Harimau Muda (pemain harapan).

Berjaya membawa Selangor muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super membolehkan K Devan dipilih sebagai jurulatih terbaik musim ini.

Sebelum ini FAM telah mengumumkan bahawa Selangor turut memenangi anugerah pengurusan terbaik, manakala anugerah kelab terbaik yang baru diperkenalkan musim ini menjadi milik Johor FC dan penyokong terbaik digondol KL PLUS.

Utusan Malaysia

3 Responses to “Anugerah Pemain Terbaik jadi perangsang buat Indra, Aidil”

  1. fanatik qlate said

    trima kasih 100 plus kerana menghargai baka pemain kelate terutamanya indra.tp kalu blh anugerah penyokong patutnya blh ko kelate cbab nyer stadium kelate 2/3 penuh masa game main

  2. 8199 said

    kl plus ada penyokong ke? agak2nya 30000 org ada tak?

  3. zerQ azhar said

    they deserved it..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: