Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sukan SEA 2009: Emas milik Malaysia selepas kemarau 20 tahun

Posted by bolasepak on December 18, 2009

SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.

Bagi anak-anak buah jurulatih, K Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-84, sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan kepada lawan sama di peringkat kumpulan.

Kemenangan itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang terpaksa berada di tengah ribuan penyokong Vietnam yang membanjiri stadium.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1.

5 Responses to “Sukan SEA 2009: Emas milik Malaysia selepas kemarau 20 tahun”

  1. nazreen said

    bagus lah malaysia menang lawan vietnam 1-0. kemarau selama 20 tahun berturut-turut akhirnya berjaya juga

  2. fiza said

    malaysia semakin maju dalam meharumkan nama malaysia ke peringkat dunia

  3. jebat said

    jan termakan oleh pujian!!!pasukan malaysia perlu berjuang hingga ke kelayakan piala dunia!!!sekarang team malaysia kena pandang kehadapan,era yg baru jan menoleh ke belakang!!!…rakyat malaysia mhu team bola sepak malaysia mara ke piala dunia,harap dpt pergi jauh lagi tuk mengharumkan nama negara…Bukan hnya hebat d asia tenggara ja!!!sekarang piala dunia beb!!!…barulah pemain malaysia d pandang oleh negara luar!!!.

  4. hafiz said

    hehehehehe
    bgoz malaysia syabas laa
    mcm tuh laaa negara MALAYSIA
    U DO the HOOD JOB malaysia

  5. shasha said

    syabas la harimau muda..
    wlaupun krang kalah mlm tdk..skurang2 ny ada pingat yg krang bwak plang nk..
    klau blh jgn cmpur aduk kn mslh pribadi bla ada plwnan k…heheh?

Leave a comment