Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs N.Sembilan

Posted by bolasepak on November 5, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri SembilanRuang ini akan dikemaskini dengan info-info terkini perkembangan aksi final atau berita berkaitan perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung pada 7 November (Sabtu) ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan dan dijadual berlangsung jam 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berdasarkan rekod, Kelantan belum pernah menjulang Piala Malaysia dan pencapaian terbaik negeri itu hanya setakat muncul sebagai naib juara pada edisi 1970 di mana skuad Kijang tewas 0-2 di tangan Perak pada aksi final tahun berkenaan.

Dan, sejak itu Kelantan belum pernah menjejak kaki ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia. Manakala Negeri Sembilan hanya sekali menjulang Piala Malaysia iaitu pada edisi 1948 yang dikenali sebagai Piala Malaya pada waktu itu (menang 2-1 ke atas Selangor).

Sejak itu Negeri Sembilan gagal mara ke final sehinggalah pada kejohanan tahun 2000 di mana mereka tewas 0-2 di tangan Perak pada perlawanan akhir dan sekali lagi berputih mata pada edisi 2006, tewas 1-2 di tangan Perlis.

Menjelang Final Piala Malaysia 2009: Video
‘Ombak Merah’ gagal sekat N Sembilan bergelar juara
Shukor Adan dipilih Pemain Terbaik Final 2009
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009
Keputusan Final Piala Malaysia 2009
Siapa bakal bergelar Juara Piala Malaysia?
Memburu impian Juara Piala Malaysia 2009
Pasukan jaring gol awal miliki kelebihan
Kekuatan Kelantan, N Sembilan seimbang
Kelantan cuti peristiwa 8 November
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus 2009: Kelantan raih 2, NS 1
Memori Final Piala Malaysia 2008
Video Separuh Akhir Piala Malaysia 2009
Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2009
Kelantan, N Sembilan ke Final Piala Malaysia 2009
Final Piala Malaysia 2009: Kelantan cipta sejarah
Terengganu gagal sekat NS ke final Piala Malaysia

5 Responses to “Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs N.Sembilan”

  1. za said

    kelantan ke n.sembilan

  2. za said

    mana fanatik kelate ni

  3. hafizn9 said

    yahoo…….syukran kita menang

  4. zerQ azhar said

    alhamdilillah.. hoben jang hoben!!

  5. zerQ azhar said

    finally my fav team clinch the trophy!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: