Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Antarabangsa’ Category

Kelayakan Piala Asia 2011: UAE tewaskan Malaysia 1-0

Posted by bolasepak on January 7, 2010

MALAYSIA menamatkan aksi kelayakan Piala Asia 2011 tanpa sebarang mata selepas tewas tipis 0-1 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir kumpulan C di Stadium Al-Shabab Dubai, awal pagi ini.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan Malaysia tewas kesemua empat perlawanan kelayakan dengan menjaringkan dua gol dan bolos sebanyak 12 kali.

Dalam perlawanan pertama kelayakan menentang UAE di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada 21 Januari tahun lalu, Malaysia tewas 0-5. Read the rest of this entry »

Posted in Antarabangsa | Tagged: , , | 5 Comments »

Keputusan Kelayakan Piala Asia 2011 Malaysia vs UAE LIVE

Posted by bolasepak on January 6, 2010

1.00 am: Perlawanan tamat. Kealpaan saat akhir menyaksikan Malaysia tewas 0-1 kepada UAE.

90+2′: Kubu Malaysia akhirnya bolos di minit-minit akhir masa tambahan. UAE mendahului Malaysia 1-0 menerusi jaringan Ahmed Khaleel.

Perlawanan antara Bahrain-Hong Kong tamat di mana Bahrain mengatasi Hong Kong 4-0 bagi aksi kumpulan A. Bahrain berada di tangga kedua di belakang Jepun, kedua-dua pasukan mengumpul 12 mata. Read the rest of this entry »

Posted in Antarabangsa | Tagged: , , , | 1 Comment »

[VIDEO] Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2009

Posted by bolasepak on December 22, 2009

LIONEL Messi menepati ramalan apabila dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia 2009 oleh FIFA pada majlis anugerah yang diadakan di Zurich, awal pagi tadi.

Pesaing terdekatnya yang juga pemenang anugerah tahun lalu, Cristiano Ronaldo berada di tangga kedua menerusi undian yang dilakukan oleh jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan seluruh dunia.

Ia melengkapkan tahun gemilang buat bintang Barcelona dari Argentina itu selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini. (lihat video dan info lanjut)

Posted in Antarabangsa | Tagged: , | 4 Comments »

Penganjur CYC ‘buruk siku’

Posted by bolasepak on May 5, 2008

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan sebagai ‘buruk siku’ berhubung sikap penganjur Piala Juara-Juara Belia (CYC) iaitu Gifted Group Limited (GGL) yang membelakangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam penganjuran kejohanan tersebut.

Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata, tindakan GGL menarik balik kerjasama dengan FAM dianggap sebagai tidak wajar sedangkan perjanjian sudah dipersetujui bersama sebelum ini.

“Saya terkejut dengan laporan yang mengatakan pihak CYC nak hentikan kerjasama dengan FAM padahal pada penganjuran pertama mereka bekerjasama dengan FAM. Read the rest of this entry »

Posted in Antarabangsa | Leave a Comment »

Trapattoni sahut cabaran baru di Ireland

Posted by bolasepak on May 4, 2008

PENGURUS baru Ireland, Giovanni Trapattoni, berazam untuk menjadikan kenyataan cabaran pasukan tersebut melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika 2010.

Pada hari pertama beliau menjalankan tugasnya secara rasmi, bekas jurulatih kebangsaan Itali dan Juventus, yang dipilih pada Februari lalu untuk mengambil alih tempat Steve Staunton, menyatakan kedudukannya sebagai “tugas yang sesuai untuk masa yang tepat”.

“Saya menanti dengan penuh minat mengenai cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2010,” katanya sambil menambah, “Ia memang sukar, tetapi kami memiliki pasukan yang cukup baik.” Read the rest of this entry »

Posted in Antarabangsa | Leave a Comment »