Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Final Piala Malaysia 2009: Kelantan cipta sejarah

Posted by bolasepak on November 1, 2009

PEMAIN Perlis, Mohd Syazwan Zainol (kanan) dihalang pemain Kelantan, Mohd Farisham Ismail pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.KEJAYAAN menewaskan Perlis 3-1 seterusnya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 merupakan sejarah buat pasukan Kelantan apabila berjaya menamatkan penantian selama 39 tahun untuk beraksi di pentas kemuncak kejohanan bola sepak paling berprestij di tanah air.

Skuad The Red Warriors mara ke final menerusi agregat 5-1, selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu.

Sekali pun membawa bekalan agak selesa ke Kangar pada perlawanan di Stadium Utama Negeri malam tadi, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan sekali pun cuba diasak barisan serangan tuan rumah.

Pada perlawanan itu, Mohd Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.

Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd Firdaus Fauzi pada minit ke-70.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, B Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.

“Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,” katanya.

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.

“Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu,” tegasnya.

22 Responses to “Final Piala Malaysia 2009: Kelantan cipta sejarah”

  1. kelantanFC said

    Tahun 2009 adalah tahun gemilang bola sepak Kelantan.. Syabas.. semoga muncul JUARA PIALA MALAYSIA..

    “Gomo Kelate Gomo”

  2. fanatik qlate said

    ……… …………. …………… WASO BENGONG PENYOKONG PERLIS BALING TELUR ,PEKONG BATU KO SEK KITO.INGAT DEH SEK MU JUPO NGA SEK KELATE D KB MUSIM DEPAN BOLEH KENAL LA RABU NGA KHAMIS.AWAS ……. PENYOKONG PERLIS…GOMO KELATE GOMO

  3. Jgn Tegur said

    kelantan main bola dah bagus..tapi harap2 peminat bola pasukan kelantan xmgamuk lagi macam dulu…boleh jejas pandangan masyarakat thdp kita..kalah ke menang,tu adat permainan.kalo menang, kita ucap alhamdulillah.kalo kalah, kita doa lah tahun depan bleh menang plak.semoga kedua2 pasukan berjaya…hidup kelantan,hidup negeri sembilan….yang penting,Malaysia boleh..peace!

  4. ore jeli said

    kpd fanatik qlate.

    mulo2 skali ambo nak mintak maah la klu apa hok ambo nak tulis pah ni takut demo tokleh terima gak.

    ambo bangga ngan demo yg bui sokongan tak berbelah bg ko pasukea kita.klu demo tak sokong sapa lagi nak sokong. tp…

    ambo tak brapa stuju ngan tulisan demo kat atas tu. apa lg nga niat demo tu. maaf la klu ambo x sokong demo bab ni.

    bukan apa ambo royak gitu tuh. sbbnya ambo raso klu sek2 kito duk terus lagu ni sapa bilo2 pun sek2 negeri lain xkan pandang baik n respect ko pasukan n negeri kito.
    mmg la x dinafikan klu ore wat sakit ko kita, kito mesti braso nak maroh. raso x puas ati. raso nak bls dendam.
    tp efect bls dendam besar fanatik, ko pasuke ngan negeri kita.

    soalan dia wat jahat tu biar la ko dia.klu kita duk ralek balas kejahatan puok dia smpi bila pun benda ni tak selesai. ambo raso nak suruh puak lain respect ko kito kito xleh nak bls kejahata puok dia.
    puak dia xkan jd baik klu kejahatan di bls kejahatan jgk.
    ko guano fanatik kato?

  5. ore jeli said

    jgn tegur.

    setuju ngan demo.
    mmg la setiap pemain n penyokong klu boleh nak jd juara n wat balik piala. Tp klu stakat juara dikalangan dlm negeri kita sendiri jah. Pah tu duk ralek bbaloh sama penyokong, maain ko malaysia kaloh sokmo xdok guna jgk. matlamat kita bola kita bkn stakat maju peringkat negeri jah. klu blh smpi luar negara… malu jgk ko vietnam ngan myammar, baru jah tubuh persatuan bola sek dia tp dah maju pd kito. dlm rangking fifa jauh tinggi sek dia dr kita.

  6. Jgn Tegur said

    setiap org ada pandangan dia sendiri…baik atau buruk anda sendiri yang menilai…pasukan yang bermain bagus pada malam final tu,dia la yang layak menang..

  7. pokmak red warriors said

    kelate n N9 samo2 bagus boleh masuk final..
    nati kelih jah la sabtu nih..
    Insyaallah kelate mene tahun nih. pakat maye hajat belako.
    “GOMO KELATE GOMO”

  8. kelantanFC said

    yolo… ambo setuju.. sekarang kita tunggu tengok.. dah boleh gi final tu maknanya bagus la tu..

    pasukan yang terbaik yang akan menang nanti.. support kelate kito.

  9. Marang United - MU said

    nok piala maing molekkk222..slamat berjuang ….moger bjaya tanpa kontroversi……………..

    jgn tebeng plekong ngecung dlm stedium…. g
    pasang mercung alik datarang merdeka depang bukit amang bile menang kekgi hehehehhhe….

  10. fanatik qlate said

    tima kasih atas nasihat ore jeli.kawe buke marah tapi kecewa dgn fam kalu sek kito buat rusuhan ko,lepar bedil.lalu masuk paper 2-3 page plk tu duk ulas.kalu negeri lain wak senyap jah…kawe harap fam ambik tindakan berat ke atas penyokong perlis sebab ramai ore kg kawe hok jadi mangsa.harap ambik tindakan.gomo kelate hari sabtu ni.insyaallah kita menang

  11. kije said

    rileks boh,x lamo kena la tu.msk brita doh ari ni.

  12. kije said

    kemah la ore jeli.kita setuju dgn pendapat demo.bo la boloh wei,malu ko ore.bola sepak kitapun bknnya maju lg.ore luar kata gapo nnt ko kita.kita ke 1 msysia.sokongla secara aman.klu kaloh,kita cuba thn dpn.nnt ore luar kata msia bkn pandai main,tp penyokong yg pandai brtindak ganas.hok blog kawe tls sblm ni yg kutuk2,caci2 ko ngeri lain tu kawe mtk maaf la.kita gedebe staro manapun,kita x leh lwn nuka nake dale kubur seksok.semoga bola sepak msia dpt msk wold cup 1 hr nnt.jgn hancurkn bola sepak msia.fikir lah sendiri…

  13. Pak ya said

    Tahniah skuad kelantan dan n9…perlawanan akhir piala malaysia yang ditunggu seluruh peminat bolasepak di tanahair..kejaguhan kelantan dalam kempen kali ini tidak perlu dipertikaikan lagi apatah lagi setelah menjinakkan singa utara di kangar baru baru ini..mengikut rekod, kelantan adalah antara pasukan yang tidak pernah mendakap piala malaysia sebelum ini dan kali terakhir layak ke final pada 39 tahun lalu..satu tempoh yang cukup menyeksakan dan ingin dilebur dalam final kali ini…harapan penyokong sang kijang pasti tinggi pada waktu ini dan inilah saat yang dinantikan oleh mereka..bagi n9 pula pernah mendakap piala malaysia 1 kali dan jurangnya juga agak jauh iaitu pada tahun 1948..percubaan kali tiga dalam final abad ke 2000 setelah kempunan dalam aksi final 2000 dan 2006…laluan ke final yang agak bergaya dengan kemenangan mutlak dan ia juga mampu menjadi azimat untuk keluar sebagai juara dalam perlawanan akhir kali ini..game 50-50..sama kuat sama hebat….tahniah untuk kedua-dua pasukan.

  14. Marang United - MU said

    ATAS KESELAMATAN ..PIHAK FAM PERLU AMIK IKTIBAR YG LEPAS2 TAK KIRE SIAPA……
    PARA PYOKONG INGAT..BUDAK2 KECIK…POMPUAN… ..SAMA2 ENJOY JGN INJUCT…….

  15. tok batin said

    kira nasib baik je dapat masuk final.jangan berharap sangat..

  16. pokmak red warriors said

    GOMO KELATE GOMO

  17. org kemamang said

    peteh try lagi tahung depang……. kemah molekkk…………..

  18. darkh77 said

    sokong puok klate menang taun ni.Trg,tra next season la plok.wat kemah lagi

  19. Pak ya said

    Analisis final….
    Dijangka kelantan akan memanfaatkan sepenuhnya indra putra untuk merencana bahagian serangan dimana norfarhan juga akan lebih melakukan peranan untuk menyerang di bahagian sayap pasukan kelantan..che hishamuddin pula akan bergerak di bahagian tengah pasukan kelantan untuk masuk ke dalam kawasan petak penalti n9..jentera pasukan kelantan akan lebih tertumpu di bahagian tengah sebagai senjata utama mereka untuk menyerang..indra putra, norfarhan dan che hishamuddin cukup berbahaya di kawasan ini…jika 3 pemain ini kurang konsisten di aksi final agak sedikit merencatkan jentera utama pasukan kelantan…di bahagian pertahanan kelantan dilihat agak kebal dengan adanya halim napi..pengalaman yang luas mampu menjadi sandaran kepada bekas penjaga gol n9 itu..cuma barisan 4 pemain pertahanan dilihat agak kurang konsisten untuk menghadapi barisan tengah yang agak mantap negeri sembilan..mereka bukan sahaja berhadapan dengan dua flanker yang terbukti kemampuannya sebelum ini…gandingan rezal zambery dan idris karim juga sudah terbukti cukup tenang mengawal bahagian tengah n9…ditambah dengan kepantasan zaquan dan kebijaksanaan hairuddin omar membuatkan barisan pertahanan kelantan menjadi tumpuan dalam perlawanan akhir kali ini…disinilah sedikit kelemahan pasukan kelantan yang harus diberi tumpuan…dari segi pengalaman kedua2 pasukan sudah merasa aksi di peringkat tertinggi seperti ini..sekian

  20. hafizn9 said

    idup pak ya…

  21. al humaidy said

    adat doh hidup atas dunia nih, kalu dae ore xsuko ko kito gak, jago lagu mano pun ore wak tak tahu jah, tp kalu ado wak silap sikit pun laju jah ore dok cane seluruh malaya… sabar je lah doh doa ore keno zolim tu mudoh dimakbulkan tuhe… go more qlate go more

  22. fndrocka said

    malam ni sokong n9..yeyey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: