Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for May, 2008

Kejayaan bermakna buat Ferguson

Posted by bolasepak on May 23, 2008

SIR Alex Ferguson akan merasai kejayaan manis pada Liga Juara-Juara Eropah mengatasi Chelsea yang meletakkan statusnya selaku jurulatih paling hebat dalam bola sepak benua.

Namun, pengendali berasal dari Glasgow itu tidak akan mengenang dengan terlalu lama kejayaan sepakan penalti dalam final awal pagi semalam yang memberikan pasukan dari Old Trafford itu trofi Eropah keempat sepanjang kariernya sebagai pengurus, 25 tahun selepas dia membimbing Aberdeen muncul juara Piala Juara-Juara mengatasi Real Madrid.

“Saya rasa bangga, saya amat berbangga,” akui Ferguson selepas berakhir pertembungan sengit di Moscow itu. “Tetapi saya rasa aset paling hebat yang saya miliki ialah saya tidak pernah terbawa-bawa dengan kejayaan seperti ini. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »

Kegagalan penalti nyaris jadi detik hitam

Posted by bolasepak on May 23, 2008

Cristiano Ronaldo mengakui dia berasa amat bimbang selepas gagal menyempurnakan penalti pada final Liga Juara- Juara kelmarin dan mungkin menjadi detik hitam dalam hidupnya sebelum penjaga gol Edwin van der Sar memberikan Manchester United kemenangan dramatik ke atas Chelsea.

“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya sangka kami akan tewas apabila saya gagal (penalti),” kata Ronaldo yang sepakannya diselamatkan Petr Cech ketika memberitahu ITV selepas United menang 6-5 dalam penentuan penalti ekoran perlawanan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

“Saya menjangkakan ia hari terburuk dalam hidup saya, namun akhirnya kami menang walaupun saya gagal penalti. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »

Liga Juara: Manchester United takluk Eropah pula

Posted by bolasepak on May 23, 2008

KELAB England, Manchester United membuktikan mereka pasukan yang terbaik musim ini apabila merangkul kejuaraan kelab Eropah buat kali ketiga dalam sejarah 52 tahun kejohanan itu, semalam.

Kejayaan menewaskan Chelsea mengulangi pencapaian United yang pernah muncul juara kelab Eropah pada 1968 (Piala Eropah ketika itu) dan 1999.

Edwin van der Sar berjaya menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti ke-14 untuk membolehkan Manchester United menang 6-5 mengatasi Chelsea selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang pertama kali melibatkan hanya persaingan kelab England. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Juara Eropah | 1 Comment »

Ganjaran lumayan tunggu pemain Manchester United

Posted by bolasepak on May 6, 2008

SETIAP pemain Manchester United bakal menerima bonus 250,000 pound (RM1.55 juta) sekiranya mereka memenangi gelaran berganda musim ini.

Bonus itu telah dijanjikan sejak musim lalu sekiranya United memenangi gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim ini.

Ketika gelaran Liga Perdana England semakin hampir berada dalam genggaman, United juga akan berdepan Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Moscow 21 Mei ini. Read the rest of this entry »

Posted in Kelab | Leave a Comment »

Real Madrid juara Liga Sepanyol

Posted by bolasepak on May 6, 2008

HAJAT Real Madrid merangkul gelaran juara Liga Sepanyol buat kali ke-31 akhirnya tercapai selepas kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Osasuna 2-1 semalam.

Real sebelum itu dilihat bakal mengalami kekalahan apabila Francisco Punal menjaringkan gol buat Osasuna menerusi sepakan penalti pada minit ke-83. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | 3 Comments »

Sikap kurang sabar Nani undang padah

Posted by bolasepak on May 6, 2008

PEMAIN tengah Manchester United, Nani dikenakan denda sebanyak 60,000 pound (RM375,000) selepas terbabit dengan insiden pergaduhan di Old Trafford, Sabtu lalu.

Pada pertemuan antara United dan West Ham itu, Nani diperintah keluar padang pada babak pertama kerana dilihat sengaja menanduk ke arah muka Lucas Neill.

“Perlawanan tercemar kerana sikap tidak matang Nani. Dia dicabar pemain lawan dan membalas balik. Dia akan belajar daripada insiden tersebut. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | 2 Comments »

Perlawanan terakhir tentukan juara EPL

Posted by bolasepak on May 6, 2008

CHELSEA berjaya menangguhkan hajat Manchester United bagi merangkul kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Skuad The Blues itu memastikan tiga mata penting menjadi milik mereka selepas menewaskan Newcastle United 2-0 pada aksi di St James Park, malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan kedudukan carta Liga Perdana Inggeris kembali seimbang selepas United menjarakkan tiga mata di depan, dua hari lalu.

Keputusan malam tadi menyaksikan Chelsea kini berkongsi 84 mata dengan United ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan.

Begitupun, kelebihan tetap memihak kepada United berdasarkan perbezaan jaringan kedua-dua pasukan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | 2 Comments »

Rasuah kembali membarah dalam bola sepak kita

Posted by bolasepak on May 5, 2008

KETIKA penyokong Inggeris berteriak gembira dan megah di ambang trofi Liga Juara-Juara Eropah akan diarah ke negara mereka, tidak kiralah sama ada Manchester United atau Chelsea selepas final nanti, bola sepak kita pula dikejutkan dengan gejala rasuah.

Bimbang dengan perkembangan itu, banyak pihak tampil dengan pelbagai pandangan bagi meredakan keadaan, tetapi wajarkah liga kita kembali ke taraf amatur selepas lebih 15 tahun berada dalam kancah profesional.

Mengapa kita tidak memikirkan bagaimana untuk meningkatkan mutu pengurusan pasukan atau kelab bola sepak, gaji dan bonus selain tahap kejurulatihan. Kerana itu saya menyokong pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang bertegas tidak akan mengundurkan tahap bola sepak negara kembali ke status amatur. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Tugas berat Chelsea hadapi Newcastle

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PERANCANG Newcastle, Geremi memberi amaran kepada bekas kelabnya, Chelsea bahawa dia tidak akan berkompromi untuk membantu mereka menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini.

Amaran bekas pemain The Blues itu disuarakan menjelang aksi penting kedua-dua pasukan di St James Park malam ini.

Geremi pernah meraih dua gelaran liga ketika bersama Chelsea sebelum berhijrah ke Newcastle tahun lalu. Menurut pemain antarabangsa Cameroon itu, Chelsea sebenarnya memiliki karisma untuk bergelar juara, namun dia tetap bertekad untuk memastikan kemenangan memihak kepada Newcastle pada aksi hari ini. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Leave a Comment »

United berhak muncul juara – Hargreaves

Posted by bolasepak on May 5, 2008

WALAUPUN Manchester United menang gelaran Liga Perdana Inggeris dengan mengatasi Chelsea menerusi perbezaan gol, Owen Hargreaves tidak peduli dan berkata mereka memang layak dinobatkan sebagai juara kerana peledak skuad Red Devils itu jauh lebih rakus ketika menyerang lawan.

Empat lagi gol ketika menentang West Ham United, kelmarin menambahkan lagi kelebihan jaringan United berbanding 19 yang dimiliki Chelsea.

“Kami layak untuk muncul juara musim ini,” kata Hargreaves yang menyertai United musim panas lalu dari Bayern Munich. “Kami mengamalkan corak menyerang, kami cuba menjaringkan gol dan berharap ia akan memberikan hasil.” Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Leave a Comment »