Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Insiden keganasan penonton cemari aksi final di Stadium Darulaman

Posted by bolasepak on December 29, 2009

INSIDEN penonton merusuh di stadium selepas pasukan yang disokong tewas terus mencemari aksi bola sepak tempatan. Terbaru aksi final Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman malam tadi menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit akibat rusuhan segelintir penyokong, sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru selepas membenam Kedah 2-0.

Dua akhbar harian utama hari ini melaporkan dua versi berbeza mengenai insiden berkenaan. Laporan Utusan Malaysia menyebut perlawanan itu menyaksikan tiga pemain dibuang padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil, manakala laporan Berita Harian pula menyebut dua pemain yang dilayangkan kad merah.

Penjaring gol pertama Perlis, Romdhi Zat Jamian dilayang kad merah pada minit ke-82 dan ketua pasukan Kedah, Fazliata Taib tiga minit kemudian yang mencetus insiden rusuhan penyokong yang memaksa pengadil, Mohd Najib Mohd Said menangguhkan permainan buat seketika.

Romdi dilayangkan kad merah kerana mengasari pertahanan, Muammar Nur Rahim manakala Fazliata diarahkan keluar selepas terbabit dalam insiden bertumbuk.

Romdhi sebelum itu membuka jaringan buat pelawat apabila merembat kencang sepakan sudut Mohd Iqmal Azmi yang gagal dikeluarkan kemas untuk mengejutkan lebih 30,000 penyokong yang membanjiri gelanggang keramat skuad Hijau Kuning itu pada minit keempat.

Peminat tuan rumah terus tergamam pada minit ke-18 apabila Adrian Jurad Chamrong melebarkan jurang buat pelawat. Adrian Jurad yang lebih dikenali dengan lontaran jarak jauhnya, membuktikan bisa itu juga terletak pada kakinya apabila meledakkan sepakan percuma dari jarak 35 meter.

Kedah banyak menguasai perlawanan namun penjaring terbanyak mereka, Faizal Abu Bakar kerap kali dikecewakan benteng pertahanan yang diketuai kapten, Adrian Jurad. Selepas perlawanan tamat Faizal menyuarakan kekecewaannya kerana gagal membantu Kedah merangkul Piala Emas Raja-Raja kali ini.

4 Responses to “Insiden keganasan penonton cemari aksi final di Stadium Darulaman”

  1. pink_grasses said

    ingatkan hang teror dalam padang, rupanya hang teror merusuh.

  2. nizan said

    kenape FAM masih diamkan diri??Kenape tindakan SEGERA tidak di kenakan?sedangkan pasukkan lain terus di HUKUM tanpa banyak bicara??
    Adakah FAM akan terus membisu seperti mana berlakunya di stadium KANGAR pada 2009?Penonton membaling mercun,merosakkan bas & kereta Pelawat dibiarkan sahaja??Mana fungsi badan Bola Sepak yang kita Agung-Agungkan itu??

  3. bola_bola said

    ni kalu berlaku kat kelantan ni…sebulan masuk berita…duk ulang benda sama kata pnyokong kelantan ganas…FAM berat sebelah…tunggu pe lagi denda ar…kelantan dh abih berape juta dh asyik kena denda jer…

  4. Lerock said

    Diorang nak tunggu sampai ada yang bakar kerusi baru nak masuk berita kot. Sekarang ni diorg jadikan penyokong Kelantan tu benchmark.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: