Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Keputusan Kelayakan Piala Asia 2011 Malaysia vs UAE LIVE

Posted by bolasepak on January 6, 2010

1.00 am: Perlawanan tamat. Kealpaan saat akhir menyaksikan Malaysia tewas 0-1 kepada UAE.

90+2′: Kubu Malaysia akhirnya bolos di minit-minit akhir masa tambahan. UAE mendahului Malaysia 1-0 menerusi jaringan Ahmed Khaleel.

Perlawanan antara Bahrain-Hong Kong tamat di mana Bahrain mengatasi Hong Kong 4-0 bagi aksi kumpulan A. Bahrain berada di tangga kedua di belakang Jepun, kedua-dua pasukan mengumpul 12 mata. Bahrain masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

86′: Kedudukan perlawanan UAE-Malaysia masih terikat 0-0.

Jepun bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mengatasi Yaman 3-2 dalam aksi kumpulan A, menerusi jaringan hatrik Hirayama.

Australia mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 ketika lawan beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-30, apabila lawannya, Kuwait bangkit mengikat kedudukan 2-2 dalam aksi kumpulan B, sekali gus menyaksikan Kuwait berada di tangga teratas kumpulan.

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak, Bahrain sedang mendahului Hong Kong 4-0.

Perlawanan memasuki minit ke-75. Kedudukan masih 0-0.

Kedudukan separuh masa pertama kekal tanpa sebarang jaringan.

11.00 mlm waktu Malaysia, perlawanan dimulakan.

Keputusan Terkini (Full Time):

China 0-0 Syria

Singapura 1-3 Iran

Thailand 0-0 Jordan

Indonesia 1-2 Oman

Lubnan 1-1 Vietnam

Yaman 2-3 Jepun

Kuwait 2-2 Australia

LIVE Keputusan Semasa Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 Kumpulan C antara pasukan Malaysia menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al-Shabab, Dubai.

Perlawanan hari ini dijadualkan bermula jam 11.00 malam nanti. Untuk rekod, perlawanan pertama yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Januari 2009, Malaysia tewas 0-5 kepada UAE.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam aksi persahabatan antarabangsa pada tahun 2007 di mana Malaysia tewas 1-3.

Laporan Malaysia vs UAE

One Response to “Keputusan Kelayakan Piala Asia 2011 Malaysia vs UAE LIVE”

  1. jebat said

    bangkit la pasukan bola sepak malaysia!!!main sepenuh hati utk satu pasukan!!!kalu harap seorg yg bersemangat mana pergi yg lain?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: