Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia 2011: UAE tewaskan Malaysia 1-0

Posted by bolasepak on January 7, 2010

MALAYSIA menamatkan aksi kelayakan Piala Asia 2011 tanpa sebarang mata selepas tewas tipis 0-1 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir kumpulan C di Stadium Al-Shabab Dubai, awal pagi ini.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan Malaysia tewas kesemua empat perlawanan kelayakan dengan menjaringkan dua gol dan bolos sebanyak 12 kali.

Dalam perlawanan pertama kelayakan menentang UAE di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada 21 Januari tahun lalu, Malaysia tewas 0-5.

Dalam aksi kedua menentang Uzbekistan pula Malaysia tewas 1-3. Malaysia sekali lagi dengan keputusan serupa dengan lawan yang sama dalam perlawanan ketiga menentang Uzbekistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 November lalu.

Aksi lain menyaksikan Jepun mengesahkan tempat ke Piala Asia 2011 selepas berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menewaskan tuan rumah, Yaman 3-2 di Stadium Ali Mohsen Al Muraisi di Sana’a.

Jepun harus berterima kasih kepada Sota Hirayama yang menyumbat jaringan hatrik dalam perlawanan berkenaan termasuk jaringan kemenangan, 11 minit sebelum perlawanan berakhir.

5 Responses to “Kelayakan Piala Asia 2011: UAE tewaskan Malaysia 1-0”

  1. […] Kelayakan Piala Asia 2011: UAE tewaskan Malaysia 1-0 […]

  2. shaggy said

    kira ok…dpt bertahan 90 minit baru kena bolos………

  3. Lerock said

    Boleh cuba lagi. Belajar daripada kesilapan dan jangan cepat berputus asa.

  4. deaber said

    smoga bisa mengalahkan indonesia nanti di senayan

  5. Faiz said

    ya allah, berikanlah kekuatan kepada pasukan bola sepak negaraku ini..AMIN

Leave a comment