Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for September, 2009

Putera Arab mahu miliki Liverpool

Posted by bolasepak on September 30, 2009

PEMILIK bersama Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett Jr mengesahkan mereka kini mencari pelabur luar.

Dalam satu kenyataan Hicks dan Gillett berkata: “Pemilik secara bersama mengarahkan Bank of America Merrill Lynch & Rothschild untuk menilai kemungkinan pelabur baru menyuntik modal ke dalam LFC. Bagaimanapun, proses ini masih awal dan belum ada sebarang persetujuan daripada mana-mana pihak.”

Kelmarin, firma pelaburan sukan, F6, yang dimiliki oleh Putera Arab, Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah Al-Saud dikatakan sudah memulakan proses penilaian terhadap akaun Liverpool dalam usaha membeli saham semua atau sebahagian pegangan pemilik bersama, George Gillett Jr. dalam kelab Liga Perdana England itu, menurut Pengarah F6, Barry Didato. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Leave a Comment »

EPL: Dua gol Tevez bantu City benam West Ham

Posted by bolasepak on September 30, 2009

CARLOS Tevez menjaringkan dua gol ketika Manchester City menewaskan bekas kelabnya, West Ham 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Penyerang Argentina itu meledakkan jaringan selepas lima minit perlawanan dan menanduk masuk sepakan percuma Craig Bellamy minit ke-61 untuk mengembalikan City ke atas landasan kemenangan selepas kekalahan kepada jirannya, Manchester United, awal bulan ini.

Gol Tevez adalah yang pertama dalam liga sejak menyertai sebagai sebahagian daripada pembelian besar-besaran City dan memberi kelab itu kemenangan kelima daripada enam perlawanan pembukaan – sekali gus permulaan terbaik kelab dalam satu musim sejak 1961. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Piala Malaysia: Kelantan tundukkan juara bertahan

Posted by bolasepak on September 30, 2009

JUARA bertahan, Kedah berada di ambang bahaya tersingkir awal daripada Piala Malaysia 2009 apabila kecundang 1-0 kepada Kelantan dalam perlawanan Kumpulan E di Stadium Sultan Mohd IV malam tadi.

Kedah yang seri mengejut 1-1 kepada pasukan kerdil Tentera, Sabtu lalu tersentak apabila Indra Putra Mahyuddin melencongkan bola sepakan percuma di luar kotak penalti melepasi penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias pada minit ke-49.

Pada masa sama, tiada masalah buat juara liga, Selangor yang meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan D untuk meletakkan mereka pada landasan selesa melayakkan diri ke suku akhir. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kaka bantu kemenangan Real Madrid

Posted by bolasepak on September 28, 2009

REAL Madrid mengekalkan permulaan sempurna dalam kempen La Liga apabila membelasah Tenerife 3-0 di tempat sendiri, kelmarin.

Real mencatat lima kemenangan daripada lima penampilan hasil dua jaringan Karim Benzema dan sepakan lencong Kaka untuk mendahului 15 mata, mengatasi Barcelona berdasarkan perbezaan gol.

Sevilla yang menang 4-0 ke atas Athletic Bilbao menduduki tangga ketiga dengan 12 mata manakala pemain gantian, Maxi Rodriguez menjaringkan gol pada masa tambahan untuk membantu Atletico Madrid seri 2-2 dengan Valencia. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , , | Leave a Comment »

Barcelona terus himpit Real Madrid

Posted by bolasepak on September 28, 2009

BARCELONA terus memberi tekanan kepada Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan Liga Sepanyol musim ini.

Juara bertahan itu kini mengumpul 15 mata untuk berada di belakang Real selepas Zlatan Ibrahimovic menemui sentuhannya dalam lima perlawanan berturut-turut ketika Barca menewaskan Malaga 2-0 kelmarin.

Ibrahimovic duduk di bangku simpanan selepas cedera di buku lalinya, namun dia masuk menggantikan Thierry Henry pada minit ke-28 dan hanya memerlukan masa 11 minit untuk menjaringkan gol pembukaan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , | Leave a Comment »

Chelsea akan bangkit kembali – Ancelotti

Posted by bolasepak on September 28, 2009

CARLO Ancelotti berjanji Chelsea akan bangkit apabila menentang Apoel Nicosia bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini, selepas The Blues tewas mengejut 1-3 di Wigan, kelmarin.

Ia kekalahan sulung sejak Mac lalu dan yang pertama sejak bekas pengendali AC Milan itu mengambil alih tugas di Stamford Bridge musim ini.

“Kami tidak bermain dengan baik, ia satu aksi yang hambar. Saya tidak tahu kenapa kami gagal bermain dengan baik,” kata Ancelotti. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | 1 Comment »

Torres belum capai prestasi terbaik – Benitez

Posted by bolasepak on September 28, 2009

HATRIK Fernando Torres membantu Liverpool meraih keputusan terbaik saingan liga dalam tempoh 100 tahun, namun pengurusnya, Rafa Benitez berkata, Torres masih belum mencapai potensi memberangsangkan apabila mengambil masa 47 minit untuk meledak tiga gol ketika menang 6-1 ke atas Hull City di Anfield, kelmarin.

Kejayaan itu menyaksikan Torres melebar jaringan kepada lapan dan secara keseluruhan, Liverpool meledak 22 gol dalam tujuh perlawanan untuk mencatat permulaan konsisten kempen liga sejak 1895, sekalipun Benitez percaya Torres, 23, belum mencapai prestasi terbaiknya. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Ryan Giggs inspirasi kemenangan United

Posted by bolasepak on September 28, 2009

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya pemain tengah veteran, Ryan Giggs akan menjadi tonggak dalam usaha kelab itu mengekalkan gelaran domestik selepas menampilkan persembahan hebat ketika menewaskan Stoke City 2-0 di Stadium Britannia, kelmarin.

Kemenangan tersebut sekali gus melonjakkan kedudukan Manchester United ke puncak Liga Perdana England buat pertama kali musim ini.

Giggs sudah memiliki 11 pingat kejuaraan Liga Perdana tetapi pemain berusia 35 tahun itu masih tetap lincah dalam tempoh 20 minit dia dimasukkan, bagi memastikan United mengutip tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , | 1 Comment »