Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for June, 2008

Peluang Poland ke suku akhir tipis

Posted by bolasepak on June 16, 2008

Poland lawan Croatia (2.45 pagi)

POLAND perlu menewaskan Croatia hari ini untuk mengelak dari tersingkir awal pada saingan Euro 2008, kata pemain pertahanan Michal Zewlakow.

“Kami telah mengecewakan penyokong setakat ini sedangkan mereka menjadi pembakar semangat kami. Jadi kami perlu melakukan segala-galanya untuk memberikan mereka kegembiraan.

“Walaupun peluang ke suku akhir hanya satu dalam sejuta, kami akan berjuang habis-habisan dan meraih peluang tersebut,” katanya. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Austria mahu cipta kejutan

Posted by bolasepak on June 16, 2008

Austria lawan Jerman (2.45 pagi)

AUSTRIA mahu mencipta kejutan ke atas Jerman apabila kedua-dua pasukan berentap pada saingan Euro 2008, hari ini.

Austria pernah menewaskan Jerman 30 tahun lalu pada Piala Dunia dalam perlawanan yang disifatkan ‘insiden memalukan di Cordoba’.

Juara dunia, Jerman disingkirkan 2-3 oleh Austria pada Piala Dunia 1978 di Argentina. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Sweden dakwa gol Villa tidak sah

Posted by bolasepak on June 16, 2008

SWEDEN menyalahkan pengadil perlawanan, Pieter Vink punca mereka tewas 1-2, semalam dengan mendakwa jaringan kemenangan David Villa pada babak akhir perlawanan tidak sah.

Malah, Sweden juga mendakwa pengadil dari Belanda itu ditekan oleh pemain-pemain Sepanyol.

“Memang perit dengan cara kami kalah. Saya berada 20 meter daripada Markus Rosenberg (pemain gantian Sweden) yang dikasari dan pemain Sepanyol itu meneruskan permainan dan menjaringkan gol. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Kem Perancis diselubungi pergolakan

Posted by bolasepak on June 16, 2008

PERANCIS berlatih tanpa pertahanan William Gallas kelmarin, beberapa hari selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Belanda, menggugat peluang pasukan itu mara ke suku akhir.

Gallas tidak kelihatan apabila 22 pemain lain menjalani latihan ringan.

“Dia menjalani latihan di hotel bersendirian,” kata pegawai media pasukan, Yann Le Guillard. Ia tidak juga satu masalah besar ataupun masalah kecil.” Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Dilema penyokong Sepanyol

Posted by bolasepak on June 16, 2008

PENYOKONG Sepanyol, terutama yang punya kaitan dengan Real Madrid, gembira kerana gol kemenangan lewat David Villa ke atas Sweden sekali gus melengahkan usaha melakukan apa yang gagal dilaksanakan juara dunia, Itali dan Perancis.

Ianya ialah mengelak daripada tumbang angkara aksi memukau Belanda.

Kemenangan Sepanyol ke atas Russia dan Sweden bermakna skuad kendalian Luis Aragones menjuarai Kumpulan D selepas Russia menewaskan Greece 1-0 dan menamatkan tempoh Greece selaku juara Eropah. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Gol lawan Sweden detik paling istimewa Villa

Posted by bolasepak on June 16, 2008

‘Saya lebih bangga gol ini berbanding tiga yang saya jaringkan ketika bertemu Russia’

PERLAWANAN sudah di hujung masa kecederaan dengan kedudukan terikat 1-1 apabila David Villa melihat bola hantaran jauh daripada benteng menuju ke arahnya.

Dia mengutip umpanan Joan Capdevila itu dan meluru di antara dua pertahanan Sweden. Dia menggelecek melepasi Petter Hansson dan, dengan penjaga gol, Andreas Isaksson meluru ke arahnya, menguis bola melepasinya untuk gol kemenangan Sepanyol. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Turki 3 Republik Czech 2

Posted by bolasepak on June 16, 2008

TURKI melakukan lonjakan terhebat pada pertandingan antarabangsanya apabila mencipta tiga jaringan dalam masa 15 minit bagi menewaskan Republik Czech 3-2 pada saingan Euro 2008, awal pagi ini.

Keputusan itu sekali gus membolehkan pasukan bimbingan jurulatih, Fatih Terim itu melangkah ke suku akhir selepas ketinggalan 62 minit hasil jaringan Jan Koller dan Jaroslav Plasil.

Bagaimanapun, dua kesilapan yang tidak sepatutntya dilakukan Petr Cech, salah seorang penjaga gol terbaik dunia, membolehkan Turki menyamakan kedudukan. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Switzerland 2 Portugal 0

Posted by bolasepak on June 16, 2008

TUAN rumah bersama, Switzerland akhirnya memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Portugal, yang sudah pun menempah tiket ke suku akhir pada Euro 2008, awal pagi ini.

Hakan Yakin meledak dua gol, jaringan pertama pada minit ke-71 selepas menerima bola daripada Eren Derdiyok, disusuli pada minit ke-83.

Jaringan itu nyata membolehkan jurulatih Switzerland, Koebi Kuhn melakar senyuman puas selepas tumpas semua perlawanan sebelum ini. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Turki enggan lepas peluang ke suku akhir

Posted by bolasepak on June 15, 2008

Turki lawan Republik Czech (2.45 pagi)

TURKI mengharapkan momentum untuk mengatasi sejarah apabila berhadapan Republik Czech dalam memburu tempat layak ke suku akhir Euro 2008.

Turki bangkit untuk menundukkan tuan rumah bersama Euro 2008, Switzerland 2-1 selepas Republik Czech dikecewakan Portugal 3-1, sebelum pertemuan di Stade Geneve, awal pagi esok, yang akan menentukan pasukan yang layak menyertai kelompok lapan pasukan terakhir sebagai naib juara Kumpulan A di belakang Portugal.

“Pasukan saya perlukan situasi seperti ini untuk menambah keyakinan mereka,” kata jurulatih Turki, Fatih Terim selepas kemenangan ke atas Switzerland. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Switzerland ingin pulih maruah

Posted by bolasepak on June 15, 2008

Switzerland lawan Portugal (2.45 pagi)

SWITZERLAND kehilangan peluang untuk terus bersaing dalam Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 dan pertemuan menentang Portugal dalam perlawanan terakhir kumpulan, bagaikan cara terbaik mengucapkan selamat tinggal.

Pasukan tuan rumah bersama yang tewas dua perlawanan terdahulu mahu memanfaatkan perlawanan terakhir di Basel sebagai peluang terakhir mengubati duka peminat mereka.

“Orang ramai berhak menyaksikan satu lagi persembahan berkualiti daripada kami,” kata jurulatihnya, Koebi Kuhn, yang akan mengetuai pasukan itu buat kali terakhir. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »