Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Memori Final 2008: Kedah juara ‘treble’

Posted by bolasepak on November 6, 2009

Final Piala Malaysia 2008: Kedah 3-2 SelangorPADA aksi Final Piala Malaysia 2008, Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan ‘treble’ yang mereka menangi pada edisi 2007.

Pada aksi final tersebut hampir 60,000 peminat dan penyokong kedua-dua pasukan memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menjelmakan kembali kehangatan bola sepak tanah air yang telah sekian lama sepi.

Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke–18 menerusi Frank Seator yang berpunca daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Namun Kedah tidak mudah berputus asa. Nelson San Martin menjadi perancang utama dalam mengatur serangan ke kubu Merah Kuning dengan menjadikan Marlon James sebagai umpanan yang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Khyril Muhymeen Zambri membuat percuabaan jarak jauh seminit kemudian berjaya diselamatkan Evans Chisulo sebelum disambar oleh Nelson untuk jaringan kedua Kedah. Kesilapan Razman Roslan lima minit kemudian tidak dipersiakan oleh Fadly Baharom yang pantas merembat tinggi meewaskan Suffian Abdul Rahman.

Kedah bergaya dengan kedudukan 3-1 untuk babak pertama dan mengamalkan corak bertahan pada babak kedua. Safee Sali memberi sedikit harapan kepada Selangor selepas menjaringkan jaringan cantik pada minit ke-78 namun ianya tidak cukup untuk menafikan kejuaraan Kedah.

3 Responses to “Memori Final 2008: Kedah juara ‘treble’”

  1. budak bendang said

    kedah..kedah pantang kalah walau sakit jatuh dan rebah..bangun lantas semula gagah mujur lalu melintang patah..lagu nie yang bt pemain dan penyokong kedah jd semangat..kedah memang hebat la..mase menang piala malaysia,FA dan liga super semua pemain adalah anak jati kedah kecuali 3 import yang hebat itu ja..marlon,nelson dan hunging memang hebat geler..aku tabir ar kt team kedah.

  2. budak sik said

    cek bangga tau jd orang kedah..angpa habanq mai mana team boleh menang 6 piala dalam 2 musim..man.united pon xleh buat taw nk habanq kt angpa..angpa ngan dok buat main2 ngn kedah noh..orang kedah nie tenaga lebih sikit besa la sebab besa dok buat bendang..men bola pun dalam bendang..kedah memang da ummphh lah..

  3. Lerock said

    Harap-harap team Kedah boleh bangkit untuk musim akan datang. Ya, bukan senang nak dapatkan treble dalam masa 2 tahun berturut-turut macam tu, melainkan memerlukan semangat berpasukan yang jitu dan konsisten. Sayang, jurulatih Azraai Khor dah tak bersama Kedah.

    Mana tahu lepas ni N9 boleh jumpa Kedah dalam mana-mana final pula.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: