Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus 2009: Kelantan raih 2, NS 1

Posted by bolasepak on November 5, 2009

Pemain Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2009FINALIS Piala Malaysia 2009, Kelantan meraih dua anugerah menerusi ayam tambatannya, Indra Putra Mahayuddin yang diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Manakala Negeri Sembilan pula meraih satu anugerah menerusi Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan semangat buat kedua-dua pemain menjelang final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

“Satu penghargaan dapat memenangi anugerah ini dan ia secara tidak langsung memberi lonjakan semangat kepada saya menjelang final Sabtu ini,” kata Indra yang pernah beraksi untuk Perak, Pahang dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan musim ini.

Selaku penerima anugerah Pemain Paling Bernilai, Indra merangkul trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus FAM 2009Bagaimanapun, Indra diwakili pengurus Kelantan, Azman Ibrahim kerana dia masih menjalani latihan di Kota Bharu.

Anugerah-anugerah lain pula menyaksikan Penjaga Gol Terbaik dimenangi Farizal Marlias dari Perlis, Pemain Tengah Terbaik dimenangi Amri Yahyah (Selangor) dan Pemain Harapan dimenangi Muslim Ahmad (Harimau Muda).

Baki empat lagi anugerah iaitu Jurulatih Terbaik dimenangi K Devan (Selangor), Persatuan Bola Sepak Terbaik dimenangi Selangor, Kelab Terbaik dimenangi Johor FC dan Kelab Penyokong Terbaik dimenangi KL Plus.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sistem pemilihan tahun ini menerusi panel pengadilan dilihat lebih realistik berbanding undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para peminat seperti dilakukan sebelum ini.

“Saya berpendapat sistem secara panel daripada wakil FAM, media dan 100PLUS ini lebih realistik. Anugerah seumpama ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi para pemain tempatan untuk dipilih menjadi yang terbaik.

“Diharap anugerah ini dapat diadakan secara berterusan setiap tahun pada masa akan datang,” kata Azzuddin.

One Response to “Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus 2009: Kelantan raih 2, NS 1”

  1. […] Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus 2009: Kelantan raih 2, NS 1 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: