Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Final: Pasukan jaring gol awal miliki kelebihan

Posted by bolasepak on November 6, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri SembilanDEBARAN saingan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan esok semakin terasa, ada yang sudah mencongak siapa yang bakal muncul juara.

Tidak ketinggalan Datuk Abdul Ghani Minhat yang turut dikenali sebagai Raja Bola dan menganggap pasukan yang menjaringkan gol awal mempunyai peluang untuk juara.

Menurutnya, dalam saingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, dia tidak berpihak kepada mana-mana pasukan.

“Saya tidak nampak pasukan mana yang akan muncul juara kerana kekuatan mereka seimbang, apa yang dapat saya rasakan ialah siapa yang menjaringkan gol awal dan menambah gol kedua mempunyai peluang cerah untuk juara,” katanya selepas Majlis Pelancaran Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) semalam.

Bagaimanapun, Abdul Ghani merasakan kedua-dua pasukan yang ketinggalan dengan jaringan 2-0 mampu bangkit untuk memberi tentangan.

“Jadi jika siapa yang hendak muncul juara, pasukan itu perlu sentiasa menjaringkan gol dan ia mampu untuk menguatkan moral mereka.

“Mungkin saya berharap Kelantan untuk muncul juara kerana mereka sudah lama menanti, 39 tahun dan mereka juga bermain dengan baik sepanjang musim,” kata bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu.

Apa yang diharapkan Abdul Ghani agar pemain tidak ‘hilang akal’ dengan melakukan perkara yang tidak diingini seperti memukul pengadil.

“Saya juga teruja dengan sambutan diberikan oleh penyokong walaupun pada tahun ini tidak ada kelibat pemain import, saya sebenarnya tidak setuju dengan kehadiran pemain import.

“Ia menutup peluang pemain tempatan terutamanya di bahagian serangan dan sekarang kita dapat lihat sendiri mereka ada peluang selain menimba pengalaman,” katanya.

Jelasnya, kehadiran pemain import membuatkan penyerang tempatan seperti ‘tidur’ dan sukar untuk menggalas tugas di peringkat antarabangsa.

Sementara itu seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Shukor Salleh berkata, kelebihan dari segi permainan akan memihak kepada Negeri Sembilan.

Bagaimanapun bagi bilangan penyokong sudah tentu akan menjadi milik Kelantan.

“Kita akan dapat saksikan peminat fanatik Kelantan turun beramai-ramai untuk memberi sokongan dan ia seperti lautan merah,” kata pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Utusan Malaysia

2 Responses to “Final: Pasukan jaring gol awal miliki kelebihan”

  1. […] Final: Pasukan jaring gol awal miliki kelebihan […]

  2. Lerock said

    Apa yang Datuk Abdul Ghani Minhat katakan terbukti ada kebenarannya. Siapa pasukan yang menjaring gol awal ada kelebihan untuk menjadi juara. Terbukti, setelah N9 mendahulu 1-0 di separuh masa pertama, dan gol ke 2 yg tidak disangka-sangka itu mencerahkan peluang memenangi perlawanan. Dan jaringan penalti itu bagaikan mengesahkan PM milik N9.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: