Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for October, 2009

Kelantan, N Sembilan ke Final Piala Malaysia 2009

Posted by bolasepak on October 31, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs Negeri SembilanKELANTAN melakar sejarah dalam kejohanan Piala Malaysia apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 1970 selepas menundukkan Perlis 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Kangar, malam ini menjadikan kedudukan aggregat 5-1 buat skuad The Red Warriors itu.

Pasukan dari Pantai Timur itu akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir selepas skuad Rusa berjaya menewaskan Terengganu 3-1 (aggregat 4-1) dalam satu lagi aksi Separuh Akhir di Kuala Terengganu.

Mohd Norfarhan Mohamad Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , | 135 Comments »

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2009

Posted by bolasepak on October 31, 2009

Update: Negeri Sembilan mendahului Terengganu 1-0 hasil jaringan Mohd Zaquan Adha pada minit ke-9.

Negeri Sembilan menambah satu lagi gol pada minit ke-17 juga menerusi Zaquan Adha untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Terengganu berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-34 menerusi Khairul Izwan Khalid.

Di KANGAR, tuan rumah ketinggalan 0-1 apabila Kelantan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-26 menerusi Norfarhan Mohamad. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , , , | 37 Comments »

Nizaruddin harapan Perlis robek gawang Kelantan

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Nizaruddin Yusoff - PerlisPERLIS menaruh harapan penyerang utama mereka, Mohd Nizaruddin Yusoff tidak akan menghampakan ketika skuad Singa Utara bertemu Kelantan yang mempunyai kelebihan dua gol daripada separuh akhir pertama, untuk membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia.

Biarpun menyedari Nizaruddin gagal menggegarkan gawang lawan di Kota Bharu, ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim tetap mahukan bekas penyerang kebangsaan itu bertindak sebagai penyelamat mereka untuk keluar daripada suasana kritikal yang menyelubungi Singa Utara, ketika ini.

“Saya percaya dengan skil dan pengalaman dimilikinya, Nizaruddin tidak akan mengecewakan kami. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 9 Comments »

Penyu harap Rusa bakal terjerat

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Terengganu FAPENGURUS pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof menyifatkan kelebihan satu gol dimiliki Negeri Sembilan tidak membawa sebarang makna buat Terengganu yang akan melayan kunjungan mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam esok (Sabtu).

Sambil memberitahu Ken Worden sudah membuat persiapan rapi bagi pertemuan getir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sheikh Ahmad menyatakan beliau sama sekali tidak berasa cemas dengan modal tipis dimiliki pencabarnya itu. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 9 Comments »

Kelantan turun tanpa dua lagi pemain tonggak

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Kelantan FABELUMPUN reda dengan berita Indra Putra Mahyuddin digantung satu perlawanan kerana menerima kad kuning kedua, jurulatih Kelantan, B Sathianathan terpaksa berdepan dengan satu lagi cabaran getir apabila kehilangan dua pemainnya menjelang separuh akhir kedua, malam esok (Sabtu).

Sathianathan akan bertandang ke negeri Indera Kayangan itu dengan bekalan dua gol hasil kemenangan separuh akhir pertama, Selasa lalu, tanpa tonggak tengah, Ahmad Azlan Zainal yang kini menjalani pembedahan lutut manakala Zairul Fitree Ishak masih bergelut kecederaan buku lali. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 3 Comments »

‘Ombak Merah’ ancam Singa Utara

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Penyokong Bola Sepak KelantanBAGI memastikan skuad Kelantan tidak tertekan di tengah lautan sorakan penyokong lawan, para penyokong Kelantan akan berusaha memenuhi sebahagian besar ruang Stadium Utama Negeri, Kangar, Sabtu ini.

Sekurang-kurangnya 5,000 penyokong dari Kelantan dan negeri-negeri lain akan membanjiri stadium berkenaan bagi memberi semangat agar Singa Utara itu tidak berpeluang merampas tiket ke final Piala Malaysia. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

Gara-gara penyokong, Terengganu didenda RM16,000

Posted by bolasepak on October 30, 2009

TERENGGANU yang berdepan ujian getir pada separuh akhir kedua bola sepak Piala Malaysia, esok selepas ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembilan, menerima tamparan hebat di luar padang pula apabila didenda RM16,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menanggung padah gara-gara kelakuan penyokong dalam tiga pertuduhan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada perlawanan peringkat Kumpulan B Piala Malaysia, 3 Oktober lalu yang menyaksikan mereka ditundukkan lawan sama, 1-0. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , | 4 Comments »

Real Madrid diaib kelab divisyen 4

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Real Madrid LogoREAL Madrid mengalami kekalahan paling memalukan apabila tewas 0-4 kepada kelab divisyen tiga, Alcorcon – kelab yang mempunyai bajet 400 kali lebih kecil berbanding gergasi kelab La Liga itu pada aksi pusingan pertama saingan Piala Raja Sepanyol, awal pagi semalam.

Real yang kehilangan dua pemain termahal yang dibelinya, Cristiano Ronaldo dan Kaka dan beberapa pemain utama lain, tewas mengejut kepada kelab yang hanya mempunyai bajet 1.1 juta euro (RM6.27 juta) jika dibandingkan dengan Real yang membelanjakan hampir 420 juta euro (RM2.2 bilion).

Ia kekalahan ketiga dalam lima Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | Tagged: , , , , | 2 Comments »

Indra kecewa tak dapat bantu Kelantan di Kangar

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Indra Putra Mahayuddin“SAYA kecewa tidak dapat beraksi membantu Kelantan di Kangar Sabtu ini.”

Demikian ujar ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin yang tidak dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Perlis selepas mengumpul kad kuning kedua pada perlawanan malam kelmarin.

Menurutnya, beliau menyifatkan keputusan pengadil kurang bijak namun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Malaysia | Tagged: , , , , , | 2 Comments »

Peluang Terengganu ke final masih terbuka

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Terengganu FA“JANGAN bermain dalam keadaan tertekan.”

Demikian peringatan pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajudin kepada pemain Terengganu menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Menurut Sheikh Ahmad, mereka akan menerima padah sekiranya bermain dalam keadaan tertekan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , , , | 3 Comments »