Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Sukan SEA’ Category

Sukan SEA 2009: Emas milik Malaysia selepas kemarau 20 tahun

Posted by bolasepak on December 18, 2009

SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.

Bagi anak-anak buah jurulatih, K Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Walaupun gol kemenangan Read the rest of this entry »

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , , , , | 5 Comments »

Keputusan Final Sukan SEA 2009: Malaysia 1-0 Vietnam

Posted by bolasepak on December 17, 2009

Keputusan penuh: Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 dan menang pingat emas selepas kempunan selama 20 tahun.

Keputusan terkini:

90’++ Malaysia 1-0Vietnam

85′ Malaysia 1-0 Vietnam

Keputusan aksi Final (separuh masa pertama):

Malaysia 0-0 Vietnam Read the rest of this entry »

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , , , , | 5 Comments »

Final Sukan SEA Malaysia-Vietnam: Siaran langsung di TV2 dan TV3

Posted by bolasepak on December 17, 2009

DUA stesen televisyen mengesahkan akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir SUkan SEA 2009 antara Malaysia dan Vietnam jam 6 petang ini.

Siaran langsung berkenaan boleh diikuti sama ada di TV2 atau TV3 yang dijangka akan ditonton jutaan peminat bola sepak di Malaysia.

Sebelum ini, timbul keraguan di kalangan peminat sama ada mereka boleh menyaksikan perlawanan pasukan kebangsaan jika Malaysia berjaya melangkah hingga ke peringkat final memandangkan tiada stesen televisyen menyiarkan  secara langsung perlawanan peringkat kumpulan, termasuk Read the rest of this entry »

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Peluang Malaysia akhiri kemarau emas 20 tahun Sukan SEA

Posted by bolasepak on December 17, 2009

ANDAI mahu menamatkan kemarau 20 tahun meraih emas acara bola sepak Sukan SEA, hari ini mungkin dianggap hari terbaik buat skuad b-23 Malaysia bimbingan K Rajagobal melakukannya.

Pertemuan akhir menentang Vietnam pada temasya Sukan SEA ke-25 di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional petang ini disifatkan sebagai medan terbaik bagi anak-anak buah Rajagobal mengulangi pencapaian gemilang yang telah dijelmakan 20 tahun lalu.

Ketika itu, skuad negara yang dibimbing oleh jurulatih dari England, Trevor Hartley Read the rest of this entry »

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Malaysia menang 3-1 ke atas Laos, mara final Sukan SEA 2009

Posted by bolasepak on December 14, 2009

MALAYSIA mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea selepas berjaya menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 pada aksi separuh akhir di Vientiane, malam ini.

Kemenangan itu bermakna skuad negara akan bertemu Vietnam yang terdahulu membelasah Singapura 4-1 untuk penentuan pingat emas pada aksi final nanti.

Pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia tewas 3-1 kepada Vietnam.

Keputusan penuh perlawanan..

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , , , | 4 Comments »

Keputusan perlawanan Malaysia vs Laos Separuh Akhir Sukan SEA LIVE

Posted by bolasepak on December 14, 2009

Update: Tamat perlawanan. Malaysia mara ke final dan akan bertemu dengan Vietnam bagi perebutan pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2009.

Perlawanan memasuki masa tambahan. 3 minit masa tambahan diberikan.

Safik Rahim meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-1 minit ke-85.

Malaysia kembali mendahului 2-1 pada minit ke-80 menerusi Baddrol Bakhtiar. Read the rest of this entry »

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , , | 1 Comment »

Sukan SEA 2009: Malaysia 2-1 Thailand (Video)

Posted by bolasepak on December 12, 2009

Video YouTubeSedutan klip video keputusan perlawanan Malaysia lawan Thailand acara bola sepak Sukan SEA 2009 Laos. (Klik di sini)

Posted in Sukan SEA, Video | Tagged: , , , | 1 Comment »

Sukan SEA: Malaysia ke separuh akhir, Thailand tersingkir

Posted by bolasepak on December 11, 2009

MALAYSIA menepis ramalan awal apabila berjaya menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir kumpulan A untuk mara ke separuh akhir bertemu dengan tuan rumah, Laos pada aksi separuh akhir Sukan SEA 2009, Isnin ini.

Sebelum perlawanan bermula, Malaysia berdepan misi “hidup mati” dengan Thailand yang merupakan juara bertahan Sukan SEA edisi 2007, apatah lagi jaguh Asia Tenggara itu mempunyai reputasi sebagai pasukan yang tidak pernah gagal ke separuh akhir sejak 1973.

Kejayaan menewaskan Thailand Read the rest of this entry »

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , | 3 Comments »

Sukan SEA 2009: Malaysia atasi Thailand 2-1

Posted by bolasepak on December 11, 2009

MALAYSIA menang 2-1 ke atas musuh tradisi, Thailand pada aksi terakhir kumpulan A petang ini, sekaligus mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Laos 2009.

Malaysia ketinggalan 0-1 pada awal babak kedua sebelum berjaya menyumbat dua gol pada baki 10 minit terakhir perlawanan.

SYABAS MALAYSIA!

berita lanjut…(di sini)

Posted in Sukan SEA | Tagged: , , | 7 Comments »