Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for December, 2009

Insiden keganasan penonton cemari aksi final di Stadium Darulaman

Posted by bolasepak on December 29, 2009

INSIDEN penonton merusuh di stadium selepas pasukan yang disokong tewas terus mencemari aksi bola sepak tempatan. Terbaru aksi final Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman malam tadi menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit akibat rusuhan segelintir penyokong, sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru selepas membenam Kedah 2-0.

Dua akhbar harian utama hari ini melaporkan dua versi berbeza mengenai insiden berkenaan. Laporan Utusan Malaysia menyebut perlawanan itu menyaksikan tiga pemain dibuang padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil, manakala laporan Berita Harian pula menyebut Read the rest of this entry »

Posted in Piala Emas Raja-Raja | Tagged: , , , | 4 Comments »

Chelsea nyaris cicir mata lagi

Posted by bolasepak on December 29, 2009

DIDIER Drogba menyelamatkan maruah Chelsea daripada kehilangan status pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila membantu pasukannya menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Walaupun pada babak pertama ketinggalan 0-1, jaringan penyamaan Drogba di babak kedua menyuntik semangat rakan sepasukan lain mencari gol kemenangan.

Hasilnya selepas mengasak hebat, pemain Fulham tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberi Chelsea kemenangan kedua dalam enam perlawanan terbaru mereka. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | 1 Comment »

Perlis akhiri kemarau 13 tahun julang Piala Emas Raja-Raja

Posted by bolasepak on December 29, 2009

PERLIS menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah menewaskan Kedah 2-0 pada final di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Kejayaan anak-anak buah Khamal Idris Ali itu menjadikan ia kejuaraan ketiga buat Perlis yang pernah memenanginya pada edisi 1967 dan 1993.

Selaku juara, Perlis membawa pulang wang tunai RM30,000 serta piala pusingan manakala Kedah meraih RM15,000.

Kemenangan itu juga Read the rest of this entry »

Posted in Piala Emas Raja-Raja | Tagged: , , , , , | 2 Comments »

Perlis juara Piala Emas Raja-Raja 2009

Posted by bolasepak on December 28, 2009

PERLIS menewaskan tuan rumah, Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini untuk muncul juara buat kali ketiga buat negeri itu.

Kejayaan Perlis itu bagaimanapun sedikit tercemar apabila berlaku kekasaran yang mengakibatkan dua pemain Singa Utara itu dilayangkan kad merah di hujung perlawanan.

Sekali pun beraksi di halaman sendiri, Kedah gagal mengambil kesempatan apabila gawangnya dibocori seawal minit ke-4 perlawanan diikuti gol kedua pada minit ke-19. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Emas Raja-Raja | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

keputusan Final Piala Emas Raja-Raja LIVE

Posted by bolasepak on December 28, 2009

Keputusan terkini: Perlawanan tamat. Perlis muncul juara menewaskan Kedah 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama.

89′, perlawanan makin panas apabila seorang lagi pemain Perlis dilayangkan kad merah.

85′: Perlis terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas salah seorang pemainnya dilayang kad merah.

84′: kedudukan masih kekal 2-0. Read the rest of this entry »

Posted in Piala Emas Raja-Raja | Tagged: , , , , | 4 Comments »

[VIDEO] Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2009

Posted by bolasepak on December 22, 2009

LIONEL Messi menepati ramalan apabila dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia 2009 oleh FIFA pada majlis anugerah yang diadakan di Zurich, awal pagi tadi.

Pesaing terdekatnya yang juga pemenang anugerah tahun lalu, Cristiano Ronaldo berada di tangga kedua menerusi undian yang dilakukan oleh jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan seluruh dunia.

Ia melengkapkan tahun gemilang buat bintang Barcelona dari Argentina itu selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini. (lihat video dan info lanjut)

Posted in Antarabangsa | Tagged: , | 4 Comments »

Chelsea sekadar seri 1-1 dengan West Ham

Posted by bolasepak on December 21, 2009

JARINGAN penalti Frank Lampard menyelamatkan Chelsea yang nyaris mengalami kekalahan di Upton Park, selepas ketinggalan kepada West Ham sebelum bangkit seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Pengadil perlawanan, Mike Dean, menjadi tumpuan apabila dia mengarahkan Lampard mengambil penalti dua kali sebelum kapten The Blues itu menafikan gol pendahuluan West Ham yang dijaringkan Alessandro Diamanti juga menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, keputusan seri berkenaan melebarkan jurang dengan pesaing utama, Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , | 1 Comment »

Kedah temu Perlis final Piala Emas Raja-Raja

Posted by bolasepak on December 20, 2009

KEDAH melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja selepas menyingkirkan Singapura 2-1 (agregat 3-2) dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini malam semalam.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-27 permainan menerusi sepakan MohdFaizal Abu Bakar dari dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Singapura, Roswadi Kamis.

Bagaimanapun, pasukan pelawat bangkit melawan dan berhasil mendapatkan gol penyamaan setelah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-41 Read the rest of this entry »

Posted in Piala Emas Raja-Raja | Tagged: , , , | 4 Comments »

Liverpool tewas kepada kelab tercorot liga

Posted by bolasepak on December 20, 2009

REPUTASI Liverpool sebagai gergasi bola sepak England sudah berakhir. Malam tadi, skuad kendalian Rafael Benitez itu terus dihimpit malang apabila tewas kepada pasukan tercorot, Portsmouth 0-2 pada aksi Liga Perdana England.

Kekalahan itu merupakan kekalahan ketujuh yang dialami The Reds daripada 18 perlawanan, sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk muncul juara liga musim ini.

Pada aksi di Fratton Park semalam, tuan rumah mendahului 1-0 menerusi jaringan pemain pertahanan Perancis, Nadir Belhadj pada minit ke-33. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , | 2 Comments »

Mourinho, Beckham kembali ke kelab lama

Posted by bolasepak on December 19, 2009

PASTI SENGIT.. Itulah gambaran undian pusingan kedua (kalah mati) Liga Juara-Juara Eropah apabila dua kelab gergasi terbaik England dan Itali bertemu sesama sendiri pada perlawanan yang dijadualkan pertengahan Februari depan.

Naib juara musim lalu yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan berdepan juara 2006, AC Milan yang juga berada di tangga kedua Liga Serie A Itali.

Manakala finalis musim 2007/2008, Chelsea yang kini berada di persada EPL berdepan ujian getir menentang pendahulu Serie A, Inter Milan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Juara Eropah | Tagged: | 1 Comment »