Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Terengganu gagal sekat NS ke final Piala Malaysia

Posted by bolasepak on November 1, 2009

Separuh Akhir Piala Malaysia 2009 - Terengganu vs Negeri Sembilan 1-3NEGERI Sembilan beraksi cemerlang menewaskan tuan rumah, Terengganu 3-1 dalam satu aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu, sekali gus menafikan final Piala Malaysia pertama menampilkan dua pasukan dari Pantai Timur.

Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-9, 17) dan Hairuddin Omar (m-45).

Manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-34.

Mendahului 1-0 pada timbal balik pertama di Seremban tempoh hari, Negeri Sembilan menambah derita Terengganu apabila menjaringkan gol seawal minit kesembilan menerusi Mohd Zaquan Adha Abd Radzak yang memanfaatkan pergelutan di depan gol untuk meletakkan pelawat dua gol di depan secara agregat.

Jaringan itu menyentap semangat pemain Terengganu dan malam yang malang berterusan buat barisan Ken Worden apabila Zaquan Adha meledakkan gol keduanya pada minit ke-17.

Penyerang Bawah 23 kebangsaan itu yang cukup menyerlah sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini, menyambung hantaran Shahurain Abu Samah dengan rembatan deras untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan agregat 3-0.

Begitupun, tuan rumah menghidupkan seketika cabaran apabila merapatkan kedudukan menerusi tandukan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-34, hasil hantaran Mohd Shazlan Alias.

Namun, impian untuk bangkit pantas dikuburkan bekas penyerang mereka, Hairuddin Omar yang tenang meloloskan diri di celah-celah benteng pertahanan Terengganu sebelum merembat masuk pada minit kecederaan untuk kembali meletakkan Negeri Sembilan tiga gol di depan sebelum tamat babak pertama.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, gol awal yang diperoleh menjadi faktor utama kejayaan pasukannya.

“Kelebihan kami kerana menjaringkan gol awal dan itu memberi keyakinan kepada pemain untuk mengharungi perlawanan dengan baik,” katanya.

Bagi jurulatih Terengganu, Ken Worden, Negeri Sembilan memang berhak menang kerana bermain lebih baik.

“Di pihak kami, ketiadaan ketua pasukan, Marzuki Yusof yang digantung satu perlawanan mencacatkan kekuatan keseluruhan kami yang terpaksa mengharapkan kepada pemain muda,” tegasnya.

5 Responses to “Terengganu gagal sekat NS ke final Piala Malaysia”

  1. Steady Deer said

    Tahniah Negeri Sembilan.. teruskan rentak kecemerlangan.. Piala Malaysia milik kita.. Hobin Jang Hobin..!~

  2. Marang United - MU said

    …laluan dah kasi..ns maing mmg bagus….rebut dgn kelate nanti… peteh cube tahung depang pulok…….

  3. anak jati nogri said

    kali ni kito gogar bkt jalil.,.jgn kasi roboh stadium..kito poie rmai2 sokong nogri,hoben jang hoben

  4. smy said

    kpd penyokong NS dan Kelantan, tunjukkan sokongan kita sehingga penyampaian hadiah kerana anda telah berjaya masuk final, jangan keluar awal jika kalah sbb beri sokongan moral kpd pasukan kita yang telah dapat main di final.

  5. Otai Kg said

    taun nie kelantan akan mendapat piala liga malaysia…
    berusaha kelantan…..demo buleh wak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: