Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Real Madrid diaib kelab divisyen 4

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Real Madrid LogoREAL Madrid mengalami kekalahan paling memalukan apabila tewas 0-4 kepada kelab divisyen tiga, Alcorcon – kelab yang mempunyai bajet 400 kali lebih kecil berbanding gergasi kelab La Liga itu pada aksi pusingan pertama saingan Piala Raja Sepanyol, awal pagi semalam.

Real yang kehilangan dua pemain termahal yang dibelinya, Cristiano Ronaldo dan Kaka dan beberapa pemain utama lain, tewas mengejut kepada kelab yang hanya mempunyai bajet 1.1 juta euro (RM6.27 juta) jika dibandingkan dengan Real yang membelanjakan hampir 420 juta euro (RM2.2 bilion).

Ia kekalahan ketiga dalam lima pertemuan buat Manuel Pellegrini dan tekanan terhadap jurulatih Chile itu semakin ketara dengan keputusan seri tanpa jaringan di Sporting Gijon dan minggu lalu tewas 2-3 kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Ia amat memalukan. Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan,” kata Pellegrini dalam sidang media selepas 32 pertembungan.

“Apabila anda tewas seperti itu tidak banyak yang boleh diperkatakan.

“Kadang kala dalam perlawanan anda berasakan lawan yang lemah mudah ditewaskan sehinggalah anda tewas barulah anda akan mengambil kira secara serius.

Mengulas mengenai masa depannya, dia berkata: “Saya tidak fikirkannya dan saya tak mahu memikirkan mengenai peletakkan jawatan.”

Alcorcon turut beraksi dalam liga yang sama menampilkan pasukan remaja Real, Castilla, mula mengatur serangan awal ke gawang gol lawan namun Jerzy Dudek berjaya menyelamatkan beberapa percubaan.

Bekas pemain remaja Real, Borja Gomez memberi kejutan apabila membantu Alcorcon mendahului pada minit ke-16 apabila memintas dari kanan dengan rembatan tepat dari penjuru kiri.

Pertahanan Sepanyol, Alvaro Arbeloa menjaringkan gol enam minit kemudian sebelum Fernando Bejar menanduk masuk menembusi gawang sebelah kiri Dudek.

Tiga minit sebelum masa pertama tamat Ernesto Gomez menyambut hantaran silang Diego Cascon dari kiri dan Borja menyempurnakannya untuk gol keempat pada minit ke-52

Pellegrini memasukkan Ruud van Nistelrooy bagi menggantikan posisi Raul ketika perlawanan berbaki 20 minit sebelum wisel penamat untuk membantu Real menghasilkan gol.

Penjaga gol Alcorcon, Juanma menyelamatkan percubaan bintang Belanda itu ketika perlawanan berbaki empat minit namun Real gagal mencatatkan sebarang gol sebagai bekalan apabila turun pada pusingan kedua di Bernabeu, dua minggu lagi.

Pengarah urusan Real, Jorge Valdano memohon maaf kepada penyokong Madrid terhadap aksi buruk pemain.

“Ia amat sukar dan saya tahu perasaan penyokong Madrid,” katanya dalam laman web rasmi kelab. (www.realmadrid.com).

“Kami harus mengambil kekalahan memalukan sebagai pengajaran dan satu petanda untuk memulakan satu permulaan baru.”

“Kami perlu terus bersama dan apabila saya berkata bersama saya turut memikirkan mengenai jurulatih.”

Presiden Real, Florentino Perez, yang membelanjakan 250 juta euro ketika tamatnya musim perpindahan, turut berada di Stadium kecil Alcorcon, sebuah bandar di barat daya Sepanyol yang boleh memuatkan hanya 2,500 ke 3,000 setiap perlawanan.

Metro

2 Responses to “Real Madrid diaib kelab divisyen 4”

  1. real memag x kuat..barca and chelsea baru mantap….

  2. akuu123 said

    AKUU 123 MEMANG SOKONG KO BRYAN SEMBOY TAPI YG AKUU X MINAT NYE CHELSEA 2 MANTAPPPPPPP.KLAU KO KATE MU N BARCA MANTAP BRU AKUU SOKONG KO……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: