Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Indra kecewa tak dapat bantu Kelantan di Kangar

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Indra Putra Mahayuddin“SAYA kecewa tidak dapat beraksi membantu Kelantan di Kangar Sabtu ini.”

Demikian ujar ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin yang tidak dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Perlis selepas mengumpul kad kuning kedua pada perlawanan malam kelmarin.

Menurutnya, beliau menyifatkan keputusan pengadil kurang bijak namun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Itu bukan kekasaran kerana saya tidak sengaja terlanggar pemain lawan dan hukuman kad kuning adalah tidak wajar dalam situasi tersebut.

“Bagaimanapun, saya yakin pemain-pemain lain mampu menggalas tugas dengan baik ketika bertandang ke Kangar walaupun saya tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, kelebihan dua gol hasil daripada kemenangan pada perlawanan malam kelmarin mampu dipertahankan bagi membolehkan mereka melangkah ke final Piala Malaysia.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, bekalan dua gol yang akan dibawa ke Kangar bukanlah satu jumlah yang banyak.

Katanya, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terlalu selesa dengan kedudukan tersebut sebaliknya terus berusaha untuk menambah jumlah jaringan.

“Kita kena tetapkan sasaran bahawa perlawanan menentang Perlis Sabtu ini adalah misi penting dan perlu melupakan kelebihan dua gol itu.

“Kalau semua pemain dapat berfikir macam itu, saya yakin kita akan melepasi cabaran ini dan seterusnya merealisasikan impian untuk ke Bukit Jalil sekali lagi,” ujarnya.

Jelasnya, kehilangan Indra pasti dirasai dan menganggap ia adalah perkara biasa dalam kejohanan besar seperti ini.

Sathia menambah, ini adalah peluang kepada pemain-pemain muda untuk membuktikan kehebatan dan beliau yakin pemainnya mampu mengisi kekosongan tersebut.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan pemain-pemain senior dan berpengalaman mereka kerana situasi seperti ini pasti akan berlaku.

“Saya disini untuk menggilap mereka yang masih baru dan mereka perlu buktikan mereka bersedia untuk tujuan itu dan boleh diturunkan pada bila-bila masa diperlukan,” jelasnya.

Kosmo

2 Responses to “Indra kecewa tak dapat bantu Kelantan di Kangar”

  1. ore kg bunohan said

    gomo kelate gomo hari sabtu ni.harap sek kita masuk final thn ni.insyaallah.amin

  2. kawan2 said

    Harap harap gitulah… tapi perancang kelate takdok ni… kalau perlis jumpa teganu di final pun kena redha aje laaa………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: