Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Penyu harap Rusa bakal terjerat

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Terengganu FAPENGURUS pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof menyifatkan kelebihan satu gol dimiliki Negeri Sembilan tidak membawa sebarang makna buat Terengganu yang akan melayan kunjungan mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam esok (Sabtu).

Sambil memberitahu Ken Worden sudah membuat persiapan rapi bagi pertemuan getir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sheikh Ahmad menyatakan beliau sama sekali tidak berasa cemas dengan modal tipis dimiliki pencabarnya itu.

“Saya yakin kami dapat menewaskan mereka walaupun ketika ini kelebihan dilihat memihak kepada mereka dengan satu gol itu,” katanya merujuk kepada kemenangan 1-0 Negeri Sembilan dalam pertemuan pertama di Stadium Paroi, Selasa lalu. “Jika mereka boleh menang di tempat sendiri, tiada sebab mengapa kami tidak melakukan perkara yang sama.”

Beliau yakin, ditambah dengan sokongan moral penonton yang tidak berbelah bagi, sudah pasti skuad Penyu mampu bermain dengan lebih baik untuk mencari gol kemenangan, sekali gus mara ke final.

Justeru, Sheikh Ahmad Tajuddin memberitahu mereka meletakkan sasaran untuk barisan serangan yang diketuai Ashaari Shamsuddin serta Manaf Mamat supaya menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol pada babak pertama bagi melemahkan semangat lawan.

Katanya, jika kedua-dua penyerang itu mampu berbuat demikian sudah tentu matlamat untuk mencari kemenangan itu akan tercapai.

Selain itu, beliau turut mengarahkan pakar tendangan percuma Zairol Anuar Zalani supaya berbuat sesuatu yang boleh menghasilkan gol seperti mana dilakukannya ketika bertemu Selangor.

“Jika Zairol berpeluang berbuat demikian, harapan kami untuk menang cerah,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana pertahanannya, Muhaimin Omar sudah pulih daripada kecederaan dan boleh beraksi semula.

Tambahnya, dengan kehadiran semula Muhaimin, sudah tentu kubu pertahanan mereka lebih kebal dan mampu menghalang lawan daripada melakukan sebarang percubaan bahaya.

Bagaimanapun, beliau terkilan kerana ketua pasukan, Marzuki Yusof tidak dapat bermain apabila dilayangkan dua kad kuning dan akan hanya menjadi penonton malam itu.

Metro

9 Responses to “Penyu harap Rusa bakal terjerat”

  1. anak t'ganu said

    Berjuang la bermati-matian.. kami setia menyokong pasukan terengganu…

  2. kwn2 ganu said

    Wahai penyokong2 TERENGGANU yang setia, tolong la berDISIPLIN tatkala menyokong team kita.. sokong tetap sokong, tapi marah tu kena jaga la kwn… semua org nak team kesayangan mereka menang… Sama2 kita berdoa agar Team TERENGGANU Kita MENANG JUMPA NS MALAM NI DAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA…..

  3. HAFIZ N9 said

    NAK BERJUANG MACAM MANA HARI TU DALAM KUMPULAN PUN KALAH NI PULAK SEMI FINAL KEDUA……. JANGAN LA BERMIMPI GANU….. DEN TAU N.SEMBILAN AKAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA 2009….

  4. za97 said

    hidup ganu kite, main molek weh malam nie.. harapan moga ganu menang 3 – 0.

  5. kwn2 ganu said

    itu la yg ada pada N9, over confident dah gayenye tuu, kalau dah penyokong nampak over confident player pun akan sama jgak laa………
    Kita tengok nantiii………

  6. TGANU PETEH said

    usah bimbang pyokong tganu…kita akan tewaskan n.9 malam ni……lihatlah pada suku akhir ke2 lawan selangor tganu tewas ngan selangor apatah lagi lawan n.9..!!!!!!

    HIDUP SKUAD PENYU…..
    BANGKIT SEMULA PADA TAHUN 2002 PIALA MALAYSIA……

  7. TGANU PETEH said

    usah bimbang pyokong tganu…kita akan tewaskan n.9 malam ni……lihatlah pada suku akhir ke2 lawan selangor tganu tewas ngan selangor apatah lagi lawan n.9..!!!!!!

    HIDUP SKUAD PENYU…..
    BANGKIT SEMULA PADA TAHUN 2002 PIALA MALAYSIA……

  8. Steady Deer said

    Berusaha Negeri Sembilan.. kemenangan pasti memihak kepada kita..!~

  9. are_peace said

    yahooo……………..kite menang…………………..beritav terkini..di kuala terengganu banjir besar malam ni…bila penyu2 menangis….nape ek penyu nangis????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: