Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kelantan turun tanpa dua lagi pemain tonggak

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Kelantan FABELUMPUN reda dengan berita Indra Putra Mahyuddin digantung satu perlawanan kerana menerima kad kuning kedua, jurulatih Kelantan, B Sathianathan terpaksa berdepan dengan satu lagi cabaran getir apabila kehilangan dua pemainnya menjelang separuh akhir kedua, malam esok (Sabtu).

Sathianathan akan bertandang ke negeri Indera Kayangan itu dengan bekalan dua gol hasil kemenangan separuh akhir pertama, Selasa lalu, tanpa tonggak tengah, Ahmad Azlan Zainal yang kini menjalani pembedahan lutut manakala Zairul Fitree Ishak masih bergelut kecederaan buku lali.

Bagaimanapun, dalam fikiran Sathianathan, beliau sudah ada pemain bakal diturunkan bagi menggantikan ketiga-ketiga pemain berkenaan sambil mengharapkan mereka yang mengisi kekosongan itu mampu membuktikan kemampuan masing-masing bagi menjulang Kelantan ke final.

“Untuk mara ke final bukan mudah. Tapi saya yakin dengan kemampuan pemain. Saya menaruh kepercayaan penuh kepada mereka untuk memberikan yang terbaik.

“Ketiadaan Indra, Zairul Fitree dan Ahmad Azlan sebenarnya cabaran buat pemain lain. Kami tidak boleh mengharapkan pemain tonggak sepanjang masa dan kini, mereka yang akan diturunkan turut bertanggungjawab ke atas pasukan ini.

“Ramai mengatakan Indra yang menyebabkan Kelantan menyerlah, tapi dalam bola sepak…kalau tanpa bantuan rakan lain serta semangat juang berpasukan, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya.

Metro

3 Responses to “Kelantan turun tanpa dua lagi pemain tonggak”

  1. setia kelate said

    kawe sokong benar kato-kato b.sathinathan.harap2 sek kita boleh menang mlm esok.ingat penyokong red warrior duk diri alek belakang pasukan kelate.teruskan langkah mu wahai wira2 kelate.gempur2 tempur2 wira2 pasukan kelate

  2. HAFIZ N9 said

    TEMPET KORANG LE LAH MENANG, NI PULAK MAIN KAT PERLIS…. KORANG SMUA CAKAP BOSAR JEE…. N.9 PIALA MALAYSIA 2009

  3. aina said

    macam tak percaya kelantan masuk gol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: