Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Nizaruddin harapan Perlis robek gawang Kelantan

Posted by bolasepak on October 30, 2009

Nizaruddin Yusoff - PerlisPERLIS menaruh harapan penyerang utama mereka, Mohd Nizaruddin Yusoff tidak akan menghampakan ketika skuad Singa Utara bertemu Kelantan yang mempunyai kelebihan dua gol daripada separuh akhir pertama, untuk membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia.

Biarpun menyedari Nizaruddin gagal menggegarkan gawang lawan di Kota Bharu, ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim tetap mahukan bekas penyerang kebangsaan itu bertindak sebagai penyelamat mereka untuk keluar daripada suasana kritikal yang menyelubungi Singa Utara, ketika ini.

“Saya percaya dengan skil dan pengalaman dimilikinya, Nizaruddin tidak akan mengecewakan kami. Memang tidak dinafikan ada kalanya dia gagal menjaringkan gol, tapi hakikatnya Nizaruddin masih penjaring terbanyak Liga Super musim ini dan juga untuk Perlis dalam kempen Piala Malaysia.

“Jadi, adalah wajar dia menjadi pilihan kami bagi menggalas tugas penting itu,” katanya menjelang pertemuan separuh akhir kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam esok.

Irfan bagaimanapun akur sebagai penyerang utama, Nizaruddin sudah pasti tidak akan dibiarkan bergerak bebas, sebaliknya bakal dikawal ketat jentera pertahanan lawan.

“Jika berdasarkan perlawanan sebelum ini, kami dapati sekurang-kurangnya seorang pertahanan akan ditugaskan mengawal pergerakan Nizaruddin.

“Justeru, sekiranya ia berlaku, saya berharap rakan sepasukan lain, terutama Ahmad Fakri (Saraani) atau Mohd Firdaus mampu mengambil alih tugas melakukan jaringan,” katanya.

Selain Nizaruddin, pengendali berasal dari Kelantan itu juga berharap pemain lain turut memanfaatkan sebaik mungkin peluang menggegarkan gawang lawan. Antara pemain itu, termasuk K Soley, Amar Rohidan dan Mohd Syazwan Zainol.

Bagaimanapun, seperti mana barisan depan dituntut supaya berfungsi, Irfan juga mahukan benteng pertahanan yang diketuai Mohd Fauzie Nan supaya lebih kental dalam mengekang setiap gerakan dan cubaan lawan.

Katanya, walaupun skuad pelawat itu bakal kehilangan penyerang utama, Indra Putra Mahayuddin, keupayaan pemain lain di posisi itu tidak sesekali diperlekehkan.

“Saya minta Fauzie dan mereka di posisi pertahanan supaya sentiasa selangkah di depan lawan bagi mengelak bahaya buat kami,” katanya.

Metro

9 Responses to “Nizaruddin harapan Perlis robek gawang Kelantan”

  1. gagah kelate cbab penyokong said

    koya la nizarruddin nok wat gol.aku harap kelate menang mlm esok..

  2. anok kelate said

    mati kita…

  3. beruntung benar ku jadi anak kelate said

    malam ni akan menjadi sejarah buat kelate untuk menang d perlis.sebab 10000 penyokong akan membanjiri stadium.aku harap2 sek kita boleh g final.xsoh takut nga perlis. rakyat pun tak ramai…

  4. kelate ngeri beasar pada hangpo perlis sedar ckit said

    aku rasa bertuah duk d kelate negeri besar rakyat nyo fanatik,minat bola,ore tino lawa2 come,perlis apa dao laksa jah la wei……tok soh duk agas nok penuh stadium sek2 awok2 mu mlm ni.sek mu boleh sebelah padang jah tuk nyokong.gomo kelate malam ni.

  5. kelate ngeri beasar pada hangpo perlis sedar ckit said

    10 ribu penyokong kelate= 1 negeri perlis.jgn tkt sek kito.jom g sokong kelate main.insyaalah sek kita akan menang

  6. HAFIZ N9 said

    bagi kelatan jangan cakap bosar… korang p rmai-rmai kat perlis pun tiket dah abis…………. N9 AKAN MENJUARA PIALA MALAYSIA 2009….

  7. kelate ngeri beasar pada hangpo perlis sedar ckit said

    aku paling benci ore n9.koya negeri tok g mano.natangn9

  8. kelate ngeri beasar pada hangpo perlis sedar ckit said

    n9.n10 cittttttttttttttt…

  9. are_peace said

    tulah sek klate suko koya…jange bw meriem doh la..ingat la weeei ore klate.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: