Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Peluang Terengganu ke final masih terbuka

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Terengganu FA“JANGAN bermain dalam keadaan tertekan.”

Demikian peringatan pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajudin kepada pemain Terengganu menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Menurut Sheikh Ahmad, mereka akan menerima padah sekiranya bermain dalam keadaan tertekan.

“Peluang kami untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir masih terbuka meskipun tewas 0-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi (kelmarin).

“Permainan masih berbaki 90 minit dan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tersebut,” katanya.

Katanya, apa yang lebih penting, barisan pemain skuad Penyu perlu yakin pada diri sendiri dan memberi tumpuan sepenuhnya pada pertemuan itu nanti.

“Kelebihan masih memihak kepada kami kerana perlawanan kedua akan berlangsung di ‘stadium keramat’ yang bakal disaksikan ribuan penyokong setia kami.”

Selain itu, mereka juga bernasib baik kerana hanya tewas dengan jaringan tipis.

“Kami masih berpeluang untuk bangkit seperti mana yang kami lakukan ke atas Selangor pada aksi suku akhir lalu,” katanya.

Pada masa yang sama, Sheikh Ahmad juga memberitahu ketiadaan pemain pertahanan, Mohd. Hariri Mohd. Safii tidak akan menjejaskan rentak pasukan itu.

Katanya, tempat Hariri yang digantung permainan selepas menerima dua kad kuning di Paroi itu bakal diambil alih oleh seorang lagi pemain muda, Mohd. Sazlan Alias.

Selain itu, skuad kendalian Ken Worden itu mendapat suntikan semangat apabila pemain tengah, Mohd. Mohaimin Omar dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan.

Mengimbas kembali perlawanan di Paroi kelmarin, pengurus pasukan itu berkata, jentera serangan mereka tidak berpeluang untuk melancarkan gerakan ke kubu lawan.

“Pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang kami, sekali gus menyebabkan kami terpaksa bertahan,” tambahnya.

Lantaran itu, pada pertemuan kedua nanti, mereka akan menggunakan corak permainan yang lebih pantas untuk mencari gol awal dan memenangi perlawanan itu.

Kosmo

3 Responses to “Peluang Terengganu ke final masih terbuka”

  1. zahar kmn said

    NINJA TURTLE……..
    hidup PAHLAWAN PENYU………………

  2. kepok lekor said

    nakal sngt gelaran sek ganu supo citer karton.aku harap kelate vs n9 final

  3. za97 said

    yang penting ‘red.w’, dgn izin,
    menang ok;
    s.m. final & final

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: