Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Malaysia: Kelantan tundukkan juara bertahan

Posted by bolasepak on September 30, 2009

JUARA bertahan, Kedah berada di ambang bahaya tersingkir awal daripada Piala Malaysia 2009 apabila kecundang 1-0 kepada Kelantan dalam perlawanan Kumpulan E di Stadium Sultan Mohd IV malam tadi.

Kedah yang seri mengejut 1-1 kepada pasukan kerdil Tentera, Sabtu lalu tersentak apabila Indra Putra Mahyuddin melencongkan bola sepakan percuma di luar kotak penalti melepasi penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias pada minit ke-49.

Pada masa sama, tiada masalah buat juara liga, Selangor yang meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan D untuk meletakkan mereka pada landasan selesa melayakkan diri ke suku akhir.

Finalis tahun lalu itu tidak menghadapi masalah mengenepikan Polis 3-0 di Stadium Shah Alam menerusi ledakan Amirulhadi Zainal pada minit ke-18, Safee Sali (m-39) dan kapten, Amri Yahyah (m-87) yang mengikuti kejayaan 1-0 ke atas Sabah, Sabtu lalu.

Di Stadium Utama, Kangar, kesilapan daripada penjaga gol yang dilihat begitu utuh buat skuad kebangsaan, Mohd Farizal Marlias hampir membawa padah kepada usaha Perlis meraih tiga mata, namun juara dua kali itu akhirnya meraih kemenangan 3-2 ke atas barisan corot Liga Super, Pahang.

Perlis membuka jaringan pada minit ketiga menerusi Mohd Nizaruddin Yusoff pada minit ketiga serta 25 dan Ahmad Fakri Saarani (m-35) dengan dua gol Pahang dihadiahkan Mohd Farizal kepada Abdul Rahman Kadir (m-15) yang disusuli jaringan Mohd Badrul Isani (m-20).

Di Stadium Perak, Kuala Lumpur membawa pulang tiga mata berharga apabila mengatasi Perak 1-0 biarpun terpaksa bermain keseluruhan babak kedua dengan 10 pemain selepas Kamarulzaman Mahmud dibuang padang sejurus sebelum rehat.

Mohd Badrul Hisham muncul wira Kuala Lumpur apabila menemui sentuhan jaringan pada minit ke-65.

Di Stadium JCorp, Johor FC melonjak ke tangga teratas Kumpulan C selepas menewaskan UPB-MyTeam 4-1 untuk rekod sempurna dua kemenangan selepas dua perlawanan setakat ini.

MyTeam bagaimanapun lebih awal menjaringkan gol menerusi Mohd Zamri Chin pada minit ke-35 sebelum Johor FC membalas menerusi Mohd Farid Ideris (m-43), Nurul Azwan Roya (m47), Sumardi Hajalan (m-69). Farid melengkapkannya dengan gol keempat pada minit ke-81.

Carta Piala Malaysia
Keputusan Penuh Perlawanan
Jadual Piala Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: