Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kaka bantu kemenangan Real Madrid

Posted by bolasepak on September 28, 2009

REAL Madrid mengekalkan permulaan sempurna dalam kempen La Liga apabila membelasah Tenerife 3-0 di tempat sendiri, kelmarin.

Real mencatat lima kemenangan daripada lima penampilan hasil dua jaringan Karim Benzema dan sepakan lencong Kaka untuk mendahului 15 mata, mengatasi Barcelona berdasarkan perbezaan gol.

Sevilla yang menang 4-0 ke atas Athletic Bilbao menduduki tangga ketiga dengan 12 mata manakala pemain gantian, Maxi Rodriguez menjaringkan gol pada masa tambahan untuk membantu Atletico Madrid seri 2-2 dengan Valencia.

Ibrahimovic hanya memerlukan 10 minit untuk menjaringkan gol kelima dalam lima perlawanan selepas menggantikan Thierry Henry yang mengalami kecederaan akibat pelanggaran pada minit ke-29.

Perancang Brazil, Kaka tampil sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, melakukan rembatan kencang yang memadamkan sebarang tentangan daripada Tenerife selepas penyerang Perancis, Benzema menjaringkan dua gol untuk Real Madrid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: