Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Chelsea akan bangkit kembali – Ancelotti

Posted by bolasepak on September 28, 2009

CARLO Ancelotti berjanji Chelsea akan bangkit apabila menentang Apoel Nicosia bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini, selepas The Blues tewas mengejut 1-3 di Wigan, kelmarin.

Ia kekalahan sulung sejak Mac lalu dan yang pertama sejak bekas pengendali AC Milan itu mengambil alih tugas di Stamford Bridge musim ini.

“Kami tidak bermain dengan baik, ia satu aksi yang hambar. Saya tidak tahu kenapa kami gagal bermain dengan baik,” kata Ancelotti.

“Tapi perkara sebegini boleh berlaku biarpun banyak kemenangan dicipta. Kami kena terima kekalahan ini dan perbaiki beberapa kelemahan pada aksi selepas ini.

“Wigan beraksi lebih baik daripada kami. Mereka sangat teratur dan bermain dengan corak menghiburkan. Saya sangat terkejut. Ini memang keputusan yang adil.

“Kami bermain baik pada 10 minit awal, tapi apabila ketinggalan satu gol, ia menjadi lebih rumit.”

Kebimbangan buat Ancelotti ialah mengenai keadaan Ashley Cole dan John Obi Mikel yang mungkin terlepas perlawanan Liga Juara-Juara ekoran kecederaan dikutip di Stadium DW.

Cole mengalami kecederaan lutut yang memaksanya diusung keluar sementara Mikel, pemain tengah turut ditimpa masalah buku lali.

Ancelotti berdepan situasi bahawa Henrique Hilario menggantikan Petr Cech menentang Liverpool, Ahad depan, selepas penjaga gol antarabangsa Republik Czech itu diarah keluar padang ketika tewas kepada skuad Latics, kelmarin.

One Response to “Chelsea akan bangkit kembali – Ancelotti”

  1. farihin said

    tidakkkkkkkkkkklllllaaaahhhh…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: