Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Putera Arab mahu miliki Liverpool

Posted by bolasepak on September 30, 2009

PEMILIK bersama Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett Jr mengesahkan mereka kini mencari pelabur luar.

Dalam satu kenyataan Hicks dan Gillett berkata: “Pemilik secara bersama mengarahkan Bank of America Merrill Lynch & Rothschild untuk menilai kemungkinan pelabur baru menyuntik modal ke dalam LFC. Bagaimanapun, proses ini masih awal dan belum ada sebarang persetujuan daripada mana-mana pihak.”

Kelmarin, firma pelaburan sukan, F6, yang dimiliki oleh Putera Arab, Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah Al-Saud dikatakan sudah memulakan proses penilaian terhadap akaun Liverpool dalam usaha membeli saham semua atau sebahagian pegangan pemilik bersama, George Gillett Jr. dalam kelab Liga Perdana England itu, menurut Pengarah F6, Barry Didato.

Ia dianggap satu perkembangan positif selepas Putera Faisal sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai tunggakan hutang kelab bola sepak Liga Perdana England itu.

Putera Arab Saudi itu juga sudah memberi tempoh eksklusif untuk beberapa bulan lagi sebelum mengadakan terma rundingan seterusnya dengan Gillett.

“Putera Faisal sedia untuk membeli mana-mana jumlah, dari 0 hingga kepada 100 peratus (saham Liverpool) tetapi beliau tidak memerlukan kawalan terhadap semua pegangan.

“Sabtu lalu, Putera Faisal telah menandatangani perjanjian eksklusif antara kedua-dua kumpulan. Kita kini dalam peringkat penelitian dan melihat arah pandangan George,” ujar Didato lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: