Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

EPL: Dua gol Tevez bantu City benam West Ham

Posted by bolasepak on September 30, 2009

CARLOS Tevez menjaringkan dua gol ketika Manchester City menewaskan bekas kelabnya, West Ham 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Penyerang Argentina itu meledakkan jaringan selepas lima minit perlawanan dan menanduk masuk sepakan percuma Craig Bellamy minit ke-61 untuk mengembalikan City ke atas landasan kemenangan selepas kekalahan kepada jirannya, Manchester United, awal bulan ini.

Gol Tevez adalah yang pertama dalam liga sejak menyertai sebagai sebahagian daripada pembelian besar-besaran City dan memberi kelab itu kemenangan kelima daripada enam perlawanan pembukaan – sekali gus permulaan terbaik kelab dalam satu musim sejak 1961.

City kini di tangga kelima kedudukan, tiga mata di belakang pendahulu liga, United dan Chelsea tetapi bermain kurang satu perlawanan.

“Carlos menakjubkan – pergerakan serta berbalas hantarannya dengan Craig Bellamy, Martin Petrov dan pemain tengah,” kata pengurus City, Mark Hughes. “Tatkala musim ini berlanjutan, ia akan menjadi lebih baik.

“Carlos pemain bola sepak yang cemerlang. Dia memiliki naluri dan kefahaman di mana kedudukan pemain lain serta boleh mempengaruhi permainan. Dengan pemain seperti itu, anda mempunyai gandingan mantap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: