Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Torres belum capai prestasi terbaik – Benitez

Posted by bolasepak on September 28, 2009

HATRIK Fernando Torres membantu Liverpool meraih keputusan terbaik saingan liga dalam tempoh 100 tahun, namun pengurusnya, Rafa Benitez berkata, Torres masih belum mencapai potensi memberangsangkan apabila mengambil masa 47 minit untuk meledak tiga gol ketika menang 6-1 ke atas Hull City di Anfield, kelmarin.

Kejayaan itu menyaksikan Torres melebar jaringan kepada lapan dan secara keseluruhan, Liverpool meledak 22 gol dalam tujuh perlawanan untuk mencatat permulaan konsisten kempen liga sejak 1895, sekalipun Benitez percaya Torres, 23, belum mencapai prestasi terbaiknya.

“Saya fikir dia mampu melakukannya dengan lebih baik. Dia sempurna dalam tiga perlawanan terakhir dan ia meningkatkan mentaliti Torres, aspek keberkesanan permainannya. Tapi, yang paling penting ialah mentaliti.

“Apabila bercakap mengenai Fernando, saya boleh mengatakan bahawa dia pemain yang mahu belajar, itu perkara utama. Itu bermakna prestasinya akan meningkat, berapa banyak peratusan bergantung kepada dirinya sendiri.

Hull memberi tentangan hebat babak pertama apabila Geovanni menyamakan kedudukan selepas gol pertama Torres sebelum pelawat terkulai dan bolos lagi dua kali kepada Torres. Steven Gerrard dan Ryan Babel yang meledak dua gol melengkapkan kemenangan Liverpool.

“Bagi saya, kekalahan ini melemahkan semangat. Saya harap, begitu juga dengan pemain. Saya tidak gembira dengan beberapa aspek benteng pertahanan, secara kolektif mengenai individu.

“Sesuatu yang menjijikkan untuk mudah melepaskan tiga gol. Ia membunuh dan melenyapkan semangat yang kami pamerkan pada babak pertama kerana satu atau dua kesilapan mudah mula dilakukan selepas itu,” kata pengurus Hull, Phil Brown.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: