Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Ryan Giggs inspirasi kemenangan United

Posted by bolasepak on September 28, 2009

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya pemain tengah veteran, Ryan Giggs akan menjadi tonggak dalam usaha kelab itu mengekalkan gelaran domestik selepas menampilkan persembahan hebat ketika menewaskan Stoke City 2-0 di Stadium Britannia, kelmarin.

Kemenangan tersebut sekali gus melonjakkan kedudukan Manchester United ke puncak Liga Perdana England buat pertama kali musim ini.

Giggs sudah memiliki 11 pingat kejuaraan Liga Perdana tetapi pemain berusia 35 tahun itu masih tetap lincah dalam tempoh 20 minit dia dimasukkan, bagi memastikan United mengutip tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Dia akan genap berusia 36 pada November ini dan jelas sudah segar selepas diberikan rehat sesudah berdepan perlawanan sengit setempat Manchester, Ahad lalu, apabila hantarannya membuahkan jaringan untuk Berbatov dan O’Shea. Ia adalah penampilan Giggs yang ke-350 untuk United.

“Ryan adalah pemain yang penting untuk kami kerana dia cukup pintar. Hasil pergerakkan cantiknya membolehkan Dimitar menghasilkan gol pertama kami,” kata Ferguson.

Chelsea terpaksa menunggu hingga masa kecederaan untuk menewaskan Stoke, awal bulan ini. Jadi, kemenangan selesa itu meyakinkan Ferguson bahawa mereka memiliki kelebihan berbanding musuh utama untuk perebutan trofi musim ini.

Kemenangan di Stadium Britannia sempena Boxing Day musim lalu adalah masa di mana Ferguson mengambil keputusan menetapkan laluan United memburu kejuaraan dan sekalipun kemenangan ini terlalu awal, pengendali kelahiran Scotland itu gembira apabila pasukannya kembali menghuni takhta liga.

One Response to “Ryan Giggs inspirasi kemenangan United”

  1. farihin said

    orang kata mu power …..sebab itu meang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: