Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Barcelona terus himpit Real Madrid

Posted by bolasepak on September 28, 2009

BARCELONA terus memberi tekanan kepada Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan Liga Sepanyol musim ini.

Juara bertahan itu kini mengumpul 15 mata untuk berada di belakang Real selepas Zlatan Ibrahimovic menemui sentuhannya dalam lima perlawanan berturut-turut ketika Barca menewaskan Malaga 2-0 kelmarin.

Ibrahimovic duduk di bangku simpanan selepas cedera di buku lalinya, namun dia masuk menggantikan Thierry Henry pada minit ke-28 dan hanya memerlukan masa 11 minit untuk menjaringkan gol pembukaan.

Penyerang Sweden itu kini muncul satu-satunya pemain yang meledak gol dalam setiap perlawanan dengan lima gol setakat ini, satu gol di belakang penyerang Valencia, David Villa.

Satu lagi gol Barca dijaringkan oleh pemain pertahanan Gerard Pique.

“Dia (Ibrahimovic) adalah pemain tonggak pasukan ini dan kami boleh bermain dengan lebih baik jika perlu,” kata bintang Brazil, Daniel Alves.

“Dia mampu membantu kami dengan jaringannya dan juga dengan kualiti yang dimilikinya.”

Jurulatih Barca, Pep Guardiola pula berkata: “Ia satu perlawanan yang sangat agresif dan memerlukan usaha yang keras daripada pemain.

“Real Madrid mungkin memiliki kelebihan dari segi kewangan, tapi kami memiliki pemain yang mampu menjadi perbezaan dalam perlawanan.”

Sementara itu, Cristiano Ronaldo gagal menjaringkan gol ketika Real menang 3-0 ke atas Tenerife, namun kelab The Galacticos itu masih mendahului Barca dalam liga menerusi perbezaan gol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: