Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Tugas berat Chelsea hadapi Newcastle

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PERANCANG Newcastle, Geremi memberi amaran kepada bekas kelabnya, Chelsea bahawa dia tidak akan berkompromi untuk membantu mereka menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini.

Amaran bekas pemain The Blues itu disuarakan menjelang aksi penting kedua-dua pasukan di St James Park malam ini.

Geremi pernah meraih dua gelaran liga ketika bersama Chelsea sebelum berhijrah ke Newcastle tahun lalu. Menurut pemain antarabangsa Cameroon itu, Chelsea sebenarnya memiliki karisma untuk bergelar juara, namun dia tetap bertekad untuk memastikan kemenangan memihak kepada Newcastle pada aksi hari ini.

“Tiada siapa yang beri mereka peluang lima bulan lalu, tapi kini nampaknya ia semakin menarik. Mereka memang layak menjuarai gelaran ini,” jelas pemain tengah itu.

“United juga berada pada prestasi terbaik dan sebab itu mereka adalah juara bertahan. Tapi jika Chelsea menang, saya tetap gembira.

“Secara peribadi, saya tidak perlu membuktikan sesuatu kepada Chelsea atau kepada sesiapa, tapi saya tetap mahu membantu Newcastle memenangi pertemuan ini. Saya minta maaf kepada Chelsea, tetapi inilah bola sepak.

“Ia memang situasi yang amat malang buat mereka kerana ia adalah perlawanan terakhir kami di tempat sendiri.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: