Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Ganjaran lumayan tunggu pemain Manchester United

Posted by bolasepak on May 6, 2008

SETIAP pemain Manchester United bakal menerima bonus 250,000 pound (RM1.55 juta) sekiranya mereka memenangi gelaran berganda musim ini.

Bonus itu telah dijanjikan sejak musim lalu sekiranya United memenangi gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim ini.

Ketika gelaran Liga Perdana England semakin hampir berada dalam genggaman, United juga akan berdepan Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Moscow 21 Mei ini.

“Kami telah melalui musim yang cemerlang.

“Kami juga mempunyai pemain muda yang mampu beraksi dengan baik musim depan bagi meneruskan rentak cemerlang ini,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Dalam pada itu, penjaga gol Chelsea, Petr Cech percaya mereka mempunyai peluang merangkul gelaran liga musim ini.

“Kami memiliki lebih kekuatan berbanding skuad dua tahun lalu ketika kami muncul juara liga.

“Musim ini telah membuktikan bahawa kami mampu melakukan kejutan di mana pada satu ketika ketinggalan jauh dalam kedudukan liga, namun bangkit untuk mengejar United.

“Kami akan berusaha dan bekerja keras untuk memenangi Liga Perdana,” kata penjaga gol antarabangsa Republik Czech itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: