Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kegagalan penalti nyaris jadi detik hitam

Posted by bolasepak on May 23, 2008

Cristiano Ronaldo mengakui dia berasa amat bimbang selepas gagal menyempurnakan penalti pada final Liga Juara- Juara kelmarin dan mungkin menjadi detik hitam dalam hidupnya sebelum penjaga gol Edwin van der Sar memberikan Manchester United kemenangan dramatik ke atas Chelsea.

“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya sangka kami akan tewas apabila saya gagal (penalti),” kata Ronaldo yang sepakannya diselamatkan Petr Cech ketika memberitahu ITV selepas United menang 6-5 dalam penentuan penalti ekoran perlawanan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

“Saya menjangkakan ia hari terburuk dalam hidup saya, namun akhirnya kami menang walaupun saya gagal penalti.

”Saya bangga terhadap rakan sepasukan. Kami memang berhak menang kerana kami bermain lebih baik di sepanjang perlawanan.

“Kini ia hari paling menggembirakan dalam hidup saya,” tambah pemain sayap Portugal itu yang menjaringkan gol pembukaan.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson mendedahkan ia merupakan penentuan penalti di kejohanan besar yang pertama dimenanginya.

“Ia (penentuan penalti) yang pertama dalam perlawanan besar,” kata Ferguson yang menambah trofi kedua Liga Juara-Juara selepas kejuaraan kesepuluh Liga Perdana England di bawah kendaliannya di United minggu lalu.

“Saya rasa ini adakah takdir. Kami cemerlang di babak pertama dan sepatutnya memperoleh tiga gol. Babak kedua mereka (Chelsea) lebih baik tetapi kami bangkit pada masa tambahan,” katanya.

Ketua pasukan Chelsea, John Terry berpeluang memberikan kemenangan untuk pasukannya tetapi bola sepakannya terkena palang ketika penalti kelima akibat tergelincir di padang basah.

“Saya sangkakan Terry akan menjaringkan gol penalti,” kata pertahanan United, Rio Ferdinand.

“Dia pakar sepakan penalti ketika latihan, tetapi malang dia tergelincir. Namun perlu ada pasukan yang kalah,” katanya.

Frank Lampard yang menyamakan kedudukan untuk Chelsea berkata: ”Akhirnya kesilapan kecil menyebabkan anda tewas. John tergelincir ketika mengambil penalti, anda boleh melihatnya, jika tidak kami akan muncul juara.

“Tiada siapa dapat menafikan selepas 30 minit kami menguasai perlawanan, percubaan terkena palang, tiang, kami lebih kuat di antara dua pasukan di padang.

“Mereka menang Liga Juara-Juara tetapi kami pasukan yang lebih baik. Pujian untuk mereka, mereka pasukan yang hebat tetapi sukar untuk kami terima apabila ia berakhir sebegini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: