Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

United berhak muncul juara – Hargreaves

Posted by bolasepak on May 5, 2008

WALAUPUN Manchester United menang gelaran Liga Perdana Inggeris dengan mengatasi Chelsea menerusi perbezaan gol, Owen Hargreaves tidak peduli dan berkata mereka memang layak dinobatkan sebagai juara kerana peledak skuad Red Devils itu jauh lebih rakus ketika menyerang lawan.

Empat lagi gol ketika menentang West Ham United, kelmarin menambahkan lagi kelebihan jaringan United berbanding 19 yang dimiliki Chelsea.

“Kami layak untuk muncul juara musim ini,” kata Hargreaves yang menyertai United musim panas lalu dari Bayern Munich. “Kami mengamalkan corak menyerang, kami cuba menjaringkan gol dan berharap ia akan memberikan hasil.”

Kelebihan tiga mata yang dimiliki United hasil kemenangan 4-1 itu akan kembali disamakan Chelsea jika skuad itu menang di Newcastle, malam ini. Tetapi jika United menang ke atas Wigan, hujung minggu ini akan menyaksikan kelab itu kekal juara tanpa perlu mengambil kira keputusan yang diperolehi Chelsea ketika menentang Bolton.

Kekalahan di tangan Chelsea hujung minggu lalu menyaksikan United kehilangan kelebihan lima mata. Arsenal mengumpul mata sama Februari lalu tetapi cabaran skuad Arsene Wenger itu sudah lama padam.

“Musim ini cukup menarik,” kata pemain tengah England itu. “Memang seronok untuk menyaksikan bagaimana liga musim ini ditamatkan dan kedua-dua pasukan (United dan Chelsea) masing-masing layak ke final Liga Juara-Juara dan ia adalah bagus untuk bola sepak Inggeris terutama apabila England gagal layak ke Euro 2008.

Portugal akan ke Euro 2008 dan perlawanan United menentang West Ham itu membuktikan kemantapan dua pemain sayap mereka.

Cristiano Ronaldo mencatat 40 jaringan musim ini dan dua daripadanya terhasil ketika menentang Hammers.

“Memang hebat apabila dapat konsisten sepanjang musim dan menjaringkan banyak gol,” kata pemain sayap veteran, Ryan Giggs. “Ia sukar dipercayai dan dia menjadi semakin bagus.”

Tetapi ia mungkin hari yang buruk buat Nani yang dilayangkan kad merah kerana mengasari Lucas Neill.

“Tidak ada alasan, dia menunjukkan sikap kurang matang,” kata pengurus, Alex Ferguson. “Dia perlu belajar daripada insiden itu.”

Ia mungkin membawa padah buat United jika mereka tidak mengatasi lawan 3-1 dan 10 pemain United masih mampu menambah gol keempat pada babak kedua.

“Semuanya di tangan kami,” kata Giggs. “Ia akan menjadi perlawanan yang sukar (di Wigan).”

Hargreaves menasihatkan Ferguson untuk tidak terlalu bergantung kepada formula yang menyaksikan mereka kini memburu kejuaraan berganda.

“Dalam keadaan ini, kami perlu lebih berhati-hati kerana kami tidak mahu tewas. Tetapi kami perlu tenang dan mempamer corak serupa yang pernah membawa kejayaan kepada kami.

“Kami perlu terus berlatih, bersedia dan beraksi sama seperti sebelum ini. Pemain yang bagus tidak akan tertekan dan terus beraksi seperti biasa,” kata Hargreaves.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: