Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Rasuah kembali membarah dalam bola sepak kita

Posted by bolasepak on May 5, 2008

KETIKA penyokong Inggeris berteriak gembira dan megah di ambang trofi Liga Juara-Juara Eropah akan diarah ke negara mereka, tidak kiralah sama ada Manchester United atau Chelsea selepas final nanti, bola sepak kita pula dikejutkan dengan gejala rasuah.

Bimbang dengan perkembangan itu, banyak pihak tampil dengan pelbagai pandangan bagi meredakan keadaan, tetapi wajarkah liga kita kembali ke taraf amatur selepas lebih 15 tahun berada dalam kancah profesional.

Mengapa kita tidak memikirkan bagaimana untuk meningkatkan mutu pengurusan pasukan atau kelab bola sepak, gaji dan bonus selain tahap kejurulatihan. Kerana itu saya menyokong pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang bertegas tidak akan mengundurkan tahap bola sepak negara kembali ke status amatur.

Ada yang cuba menuding jari kepada pihak tertentu sehingga menarik perhatian bekas Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang lebih suka supaya mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.

Kita pernah melalui zaman amatur di mana majikan sesebuah pasukan terpaksa memastikan pekerjaan untuk pemain yang gajinya tidak selumayan kini. Masih ada masalah dalaman seperti cuti, latihan, pelepasan, gaji dan bonus.

Pada era profesional pula, pemain mempunyai kontrak pekerjaan. Cuma yang penting ialah komitmen. Jika mereka bermain sambil lewa, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin dan yang penting bagi setiap pasukan ialah kemenangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: