Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Perlawanan terakhir tentukan juara EPL

Posted by bolasepak on May 6, 2008

CHELSEA berjaya menangguhkan hajat Manchester United bagi merangkul kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Skuad The Blues itu memastikan tiga mata penting menjadi milik mereka selepas menewaskan Newcastle United 2-0 pada aksi di St James Park, malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan kedudukan carta Liga Perdana Inggeris kembali seimbang selepas United menjarakkan tiga mata di depan, dua hari lalu.

Keputusan malam tadi menyaksikan Chelsea kini berkongsi 84 mata dengan United ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan.

Begitupun, kelebihan tetap memihak kepada United berdasarkan perbezaan jaringan kedua-dua pasukan.

Jika kemenangan dapat dilakar ke atas Wigan pada perlawanan penutup musim di Stadium JJB Ahad ini, ia sekali gus bakal menghadiahkan kejuaraan kedua berturut- turut buat skuad kendalian Alex Ferguson itu.

Sebaliknya, Chelsea pasti mengharapkan kemenangan ke atas Bolton Wanderers di Stamford Bridge sambil mengharapkan United keciciran mata jika berhajat bergelar juara.

Pada aksi malam tadi, Michael Ballack menghadiahkan gol pertama Chelsea menerusi tandukan sebelum Florent Malouda melengkapkan malam gemilang The Blues dengan gol kedua.

Terdahulu, skuad kendalian Avram Grant itu terpaksa berdepan asakan daripada Newcastle yang unggul dengan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.

2 Responses to “Perlawanan terakhir tentukan juara EPL”

  1. farihin said

    tidakkah mu

  2. farihin said

    mu…………………………………lah chelsea balik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: