Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Liga Juara: Manchester United takluk Eropah pula

Posted by bolasepak on May 23, 2008

KELAB England, Manchester United membuktikan mereka pasukan yang terbaik musim ini apabila merangkul kejuaraan kelab Eropah buat kali ketiga dalam sejarah 52 tahun kejohanan itu, semalam.

Kejayaan menewaskan Chelsea mengulangi pencapaian United yang pernah muncul juara kelab Eropah pada 1968 (Piala Eropah ketika itu) dan 1999.

Edwin van der Sar berjaya menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti ke-14 untuk membolehkan Manchester United menang 6-5 mengatasi Chelsea selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang pertama kali melibatkan hanya persaingan kelab England.

Van der Sar merebahkan badannya di sebelah kanan gawang untuk menghalang sepakan penalti rembatan Nicolas Anelka dalam keadaan hujan di Stadium Luzhniki bagi membolehkan Red Devils membolot kejuaraan ketiga Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam perlawanan yang dihidangkan dengan pemberian kad merah kepada bintang Chelsea, Didier Drogba, ia menambahkan lagi kehangatan perlawanan yang menemukan dua kelab paling hebat dari Liga Perdana England itu.

Christiano Ronaldo berjaya meletakkan United di depan pada minit ke-26 sebelum disamakan oleh Frank Lampard pada minit-minit terakhir babak pertama.

Dalam masa tambahan, Chelsea membuat dua percubaan bahaya di mana salah satunya terkena tiang manakala satu lagi terkena palang sebelum penjaga gol, Petr Cech menyelamatkan rembatan penalti Ronaldo dalam penentuan.

Namun, kapten pasukan The Blues, John Terry, yang berpeluang untuk memenangi kejuaraan itu, tergelincir dan menyepak tinggi ketika mengambil sepakan penalti.

Anderson dan Ryan Giggs yang mencatat rekod bermain sebanyak 759 kali untuk United dapat melakukan tugas dengan sempurna untuk United.

Chelsea menamatkan perlawanan tersebut dengan 10 orang pemain selepas Drogba diperintah keluar padang pada minit ke-116 kerana menampar muka Nemanja Vidic.

Carlos Tevez, Michael Carrick, Owen Hargreaves dan Nani menjaringkan gol untuk United dalam sepakan penalti tersebut sementara Michael Ballack, Juliano Belletti, Lampard, Ashley Cole dan Salomon Kalou menyempurnakan sepakan penalti untuk Chelsea.

Chelsea mula mengancam United dengan beberapa pergerakan pada 25 minit awal tetapi semua gerakan tersekat di bahagian tengah, bagaimanapun Ronaldo berjaya menjaringkan gol ke-42 musim ini pada minit ke-26.

Selepas kawalan lemah yang dipamerkan oleh Michael Essien, Ronaldo menanduk hantaran lintang Wes Brown, selepas hantaran Paul Scholes di sebelah sayap kanan.

Scholes tetap berada di atas padang walaupun mendapat kecederaan serius di bahagian hidungnya. Pemain tengah itu cedera ketika melompat untuk mengambil bola tinggi bersama Claude Makelele enam minit awal dan darah mengalir keluar dari hidungnya. Selepas mendapat rawatan, dia mampu untuk meneruskan permainan dan menjadi tunjang utama untuk gol United.

Chelsea hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-34 apabila Van der Sar terpaksa menyelamatkan bola melalui tindakan refleks Rio Ferdinand.

Ketua pasukan United itu diberi tekanan oleh Ballack ketika mengejar bola hasil hantaran Drogba, apabila bola terkena kepalanya, penjaga gol Belanda itu terpaksa menolak bola keluar melepasi palang.

Tetapi Cech juga dipaksa bekerja keras menyelamatkan rembatan Tevez pada minit ke-35 dan berjaya menghalang sepakan susulan Carrick dengan menolak bola melepasi palang.

Chelsea menyamakan kedudukan pada minit terakhir separuh masa pertama apabila rembatan dari Essien terkena pertahanan United Vidic dan Ferdinand, sebelum bola tersebut jatuh ke kaki Lampard yang tidak dikawal, terus menjaringkan gol dari jarak 12 meter.

Essien dilihat sering membantu barisan hadapan seperti kebiasaan yang dilakukan selaku pemain tengah, Chelsea mengawal permainan ketika pada awal separuh masa kedua dan Ballack hampir menjaringkan gol menerusi rembatannya dari jarak 25 meter tetapi melewati palang gol. Keadaan berlaku sebaliknya buat United yang dilihat sering kehilangan bola di bahagian tengah dan tidak mengancam barisan pertahanan Chelsea.

Drogba hampir meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-78 dengan sepakan lencong dari jarak 25 meter ketika Van der Sar sudah tertewas tetapi rembatannya terkena palang.

Lampard juga menggegarkan palang empat minit ketika masa kecederaan melalui rembatan kaki kirinya dari jarak 15 meter.

Tetapi Terry menyelamatkan Blues apabila dia berjaya menghalang rembatan Ryan Giggs yang tampil buat kali ke-759 bersama Red Devils mengatasi rekod Bobby Charlton.

One Response to “Liga Juara: Manchester United takluk Eropah pula”

  1. akuu123 said

    VAN DER SAR SAJE2 JE LEPAS KAN 5 GOL TU KLAU DIE MEN TOL2 ALAMAT NYE 6-0 LA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: