Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sweden dakwa gol Villa tidak sah

Posted by bolasepak on June 16, 2008

SWEDEN menyalahkan pengadil perlawanan, Pieter Vink punca mereka tewas 1-2, semalam dengan mendakwa jaringan kemenangan David Villa pada babak akhir perlawanan tidak sah.

Malah, Sweden juga mendakwa pengadil dari Belanda itu ditekan oleh pemain-pemain Sepanyol.

“Memang perit dengan cara kami kalah. Saya berada 20 meter daripada Markus Rosenberg (pemain gantian Sweden) yang dikasari dan pemain Sepanyol itu meneruskan permainan dan menjaringkan gol.

”Saya harap pengadil dapat menangani perkara ini,” kata jurulatih Sweden, Lars Lagerback.

Rosenberg sependapat bahawa Sweden sepatutnya diberikan sepakan bebas kerana kekasaran yang dilakukan terhadapnya sebelum gol kemenangan Sepanyol dijaringkan oleh Villa.

“Kami tidak mendapat sepakan bebas pada 20 atau 25 minit terakhir. Pengadil yang menyebabkan kami tewas,” kata Rosenberg

Ketua pasukan Sweden, Fredrik Ljungberg turut mengkritik pemain Sepanyol yang memberi tekanan ke atas pengadil.

Ia bermula di babak pertama selepas Vink menolak permintaan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Sweden.

“Mereka (pemain Sepanyol) banyak merungut di babak pertama dan memberi tekanan kepada pengadil.

”Jika itu dibenarkan, mungkin kami juga akan melakukan tindakan yang sama.

“Saya rasa pemain lawan menjerit meminta penalti pada babak pertama dan mereka memulakan ‘perbincangan’ di babak kedua sehingga mudah memperoleh sepakan bebas untuk apa sahaja keadaan.

“Memang banyak perbualan mengenai permainan bersih, namun kita perlu melihat cara dan lakonan pemain Sepanyol terutama dalam babak pertama,” kata Ljungberg.

Fernando Torres meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-15.

Namun, Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan pada minit ke-34 sebelum Villa memastikan kemenangan kedua berturut- turut Sepanyol.

Sweden dan Rusia masing-masing berkongsi tiga mata, akan berentap pada perlawanan terakhir kumpulan di Innsbruck Rabu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: