Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kem Perancis diselubungi pergolakan

Posted by bolasepak on June 16, 2008

PERANCIS berlatih tanpa pertahanan William Gallas kelmarin, beberapa hari selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Belanda, menggugat peluang pasukan itu mara ke suku akhir.

Gallas tidak kelihatan apabila 22 pemain lain menjalani latihan ringan.

“Dia menjalani latihan di hotel bersendirian,” kata pegawai media pasukan, Yann Le Guillard. Ia tidak juga satu masalah besar ataupun masalah kecil.”

Bagaimanapun, sehari selepas keputusan seri membosankan Perancis, 0-0 dengan Romania, Isnin lalu, Gallas bersuara lantang, berkata corak menyerang diperlukan dan pemain tidak sabar menunggu pertemuan dengan jurulatih untuk berbincang mengenai apa yang tidak menjadi.”

Diminta mengulas kenyataan Gallas, Domenech kelihatan marah bahawa keputusannya dipersoalkan.

Di padang latihan Jumaat lalu, pemain memanaskan badan dengan berlari sekeliling padang, dan kemudian bersenam selama 20 minit.

Domenech menghabiskan beberapa ketika bercakap secara berasingan dengan penjaga gol, Gregory Coupet, seolah-olah seperti mahu memberi jaminan kepadanya menjelang pertemuan dengan Itali, esok.

Dia juga bercakap dengan penyerang, Karim Benzema, yang memanaskan bangku simpanan ketika menentang Belanda.

Perancis perlu mengalahkan Itali dan berharap Romania tidak menewaskan Belanda, bagi mempunyai sebarang peluang mara ke suku akhir. Belanda sudah terjamin selaku juara Kumpulan C, dan tidak tertekan.

Pemain yang tidak beraksi Jumaat lalu, termasuk pemain tengah Patrick Vieira, menjalani latihan hantaran bola dan permainan singkat. Vieira masih belum bermain di Euro 2008, dan Domenech mengenepikan Mathieu Flamini untuk memberi peluang kepada pemain veteran itu cergas dalam kecederaan.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk membawanya kepada tahap tertinggi yang diperlukan untuk beraksi di Eropah,” kata Domenech. “Dalam corak kejohanan seperti ini, adalah penting bagi pemain berada pada prestasi terbaiknya.”

Domenech, berkata dia mahukan sesi latihan semalam untuk dilakukan tanpa sebarang tekanan.

“Hari ini adalah apabila kami membiarkan mereka bersendirian,” kata Domenech. “Mereka perlu mengosongkan minda mereka.”

Bagaimanapun, ketiadaan Gallas, mungkin membayangkan wujud pergolakan dalam skuad Perancis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: