Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Turki 3 Republik Czech 2

Posted by bolasepak on June 16, 2008

TURKI melakukan lonjakan terhebat pada pertandingan antarabangsanya apabila mencipta tiga jaringan dalam masa 15 minit bagi menewaskan Republik Czech 3-2 pada saingan Euro 2008, awal pagi ini.

Keputusan itu sekali gus membolehkan pasukan bimbingan jurulatih, Fatih Terim itu melangkah ke suku akhir selepas ketinggalan 62 minit hasil jaringan Jan Koller dan Jaroslav Plasil.

Bagaimanapun, dua kesilapan yang tidak sepatutntya dilakukan Petr Cech, salah seorang penjaga gol terbaik dunia, membolehkan Turki menyamakan kedudukan.

Gol pembukaan Turki hasil sepakan Arda Turan pada minit ke-75, diikuti kapten Turki, Nihat Kahveci tiga minit selepas itu untuk mengikat kedudukan 2-2.

Satu lagi kesilapan pertahanan Czech menyaksikan tendangan 25 meter Nihat menggegar jaring.

Republik Czech cuba bangkit sehingga penjaga gol Turki, Volkan Demirel dilayangkan kad merah melepas mengkasari Koller.

Turki yang bersama lapan pasukan ke suku akhir akan bertemu Croatia di Vienna, Jumaat ini.

Namun, mereka akan kehilangan khidmat Volkan dan Mehmet Aurelio yang digantung satu perlawanan, selepas dilayangkan dua kad kuning.

“Saya harus mengucapkan tahiah kepada pemain saya dengan prestasi yang hebat ini. Pemain kami akan meraikan kemenangan ini dan begitu juga seluruh rakyat Turki. Perlawanan ini akan diingati sampai bila-bila,” kata Terim.

Jurulatih Czech, Karel Brueckner yang kelihatan sugul di bangku pasukan langsung tidak menyangka pertemuan itu berakhir dengan sejarah hitam dirinya.

“Untuk kalah dalam keadaan amat penting ini adalah menyedihkan. Jika kami mampu bertahan untuk empat minit lagi keadaan berpihak kepada kami dengan 2-1.

“Kami melakukan kesilapan pada gol kedua dan ketiga lawan,” katanya.

Turki: 23-Volkan Demirel; 22-Hamit Altintop, 13-Emre Gungor (15-Emre Asik 63), 2-Servet Cetin, 3-Hakan Balta; 17-Tuncay Sanli, 6-Mehmet Topal (18-Kazim Kazim 57), 7-Mehmet Aurelio, 14-Arda Turan; 9-Semih Senturk (20-Sabri Sarioglu 46), 8-Nihat Kahveci

Republik Czech: 1-Petr Cech; 2-Zdenek Grygera, 21-Tomas Ujfalusi, 22-David Rozehnal, 6-Marek Jankulovski; 7-Libor Sionko (11-Stanislav Vlcek 84), 3-Jan Polak, 17-Marek Matejovsky (14-David Jarolim 39), 4-Tomas Galasek, 20-Jaroslav Plasil (13-Michal Kadlec 80); 9-Jan Koller.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: