Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Peluang Poland ke suku akhir tipis

Posted by bolasepak on June 16, 2008

Poland lawan Croatia (2.45 pagi)

POLAND perlu menewaskan Croatia hari ini untuk mengelak dari tersingkir awal pada saingan Euro 2008, kata pemain pertahanan Michal Zewlakow.

“Kami telah mengecewakan penyokong setakat ini sedangkan mereka menjadi pembakar semangat kami. Jadi kami perlu melakukan segala-galanya untuk memberikan mereka kegembiraan.

“Walaupun peluang ke suku akhir hanya satu dalam sejuta, kami akan berjuang habis-habisan dan meraih peluang tersebut,” katanya.

Untuk ke suku akhir, Poland perlu menang dengan kelebihan dua gol di Klagenfurt dan berharap Austria menewaskan Jerman Vienna dengan jaringan yang lebih kecil.

Croatia telah layak ke suku akhir sebagai juara Kumpulan B tetapi Zewlakow tidak menjangkakan laluan mudah.

“Kami tahu mereka akan bermain tanpa tekanan dan mungkin akan menurunkan pasukan kedua yang bersemangat untuk memikat hati jurulatih,” kata Zewlakow

Jurulatih, Leo Beenhakker yang menolak peluang Poland ke suku akhir selepas seri 1-1 dengan Austria juga telah mengubah fikiran.

“Kami masih yakin ke saingan peringkat kalah mati dan kami memberi perhatian terhadap tugas tersebut,” kata jurulatih dari Belanda itu.

Ketika Beenhakker bakal mengekalkan formasi 4-3-3, rakan sejawatnya, Slaven Bilic jelas akan merehatkan beberapa pemain utama.

“Adalah tidak masuk akal menurunkan pemain utama yang telah mengutip satu kad kuning dan ada juga pemain utama kami yang mengalami kecederaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: