Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Portugal beri isyarat awal

Posted by bolasepak on June 12, 2008

PORTUGAL memberi isyarat awal kepada pencabar lain di Euro 2008 apabila muncul pasukan pertama layak ke suku akhir selepas merakamkan kemenangan kedua berturut-turut menewaskan Republik Czech 3-1 dalam saingan Kumpulan A di Stadium State de Geneve, awal pagi tadi.

Jaringan daripada Deco pada minit kelapan, ledakan padu Cristiano Ronaldo (m-63) dan Ricardo Quaresma (m-90) membutirkan mata penuh buat skuad Luiz Felipe Scolari manakala lawan yang turut memberi saingan sengit sepanjang tempoh perlawanan mendapat gol menerusi tandukan Libor Sionko pada minit ke-17.

Apapun, kedua-dua pasukan yang mengerti kemenangan pasti akan memberi tiket layak ke kelompok lapan terakhir memulakan aksi dengan rentak garang tetapi Portugal lebih tersusun serangan mereka dan hanya memerlukan lapan minit untuk membuka tirai jaringan menerusi perancang tengah, Deco.

Gol awal itu berpunca daripada gerakkan satu dua di antara Ronaldo dan Nuno Gomes yang disempurnakan baik oleh Deco dari jarak dekat menewaskan penjaga gol, Petr Cech.

Namun, kegembiraan Portugal hanya bertahan buat seketika selepas Czech berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan padu Libor Sionko pada minit ke-17 yang berpunca daripada sepakan sudut dari sebelah kiri kawasan Portugal diambil Jaroslav Plasil.

Apapun, gol penyamaan itu tidak melemahkan semangat Portugal yang terus mengasak benteng Czech dan Deco memperoleh peluang untuk kembali meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-24, tetapi rembatannya tinggi melewati palang gol.

Ronaldo sekali lagi mengancam kubu Czech pada minit ke-42 tetapi rembatannya dari jarak 30 meter tepat ke arah gol lawan dengan Cech bertindak cemerlang menepis bola keluar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: